‘Biodata’ ringkas Dajjal:

bayi DajjalSudah lama saya menerima e-mel seorang anak Yahudi yang dilahirkan di Israel (moga Allah memusnahkan negara ini) bermata satu. Ditanya: Inikah Dajjal yang dijanjikan dalam hadis Nabi bahawa ia akan muncul di akhir zaman?  Sementelah pula kita memang berada di akhir zaman sekarang. Tanda-tanda kecil Kiamat sudah meratai dan hampir menyeluruh. Hanya menunggu tanda-tanda besar sahaja yang di antaranya Dajjal.

Saya memetik beberapa perkara penting tentang Dajjal seperti di bawah. Saudara boleh merujuk kepada kuliah tafsir surah al-Kahfi yang saya telah uploadkan di ruangan koleksi ceramah dan kuliah, serta beberapa siri kuliah (akan diupload kemudian insyaAllah)  dari kitab Bahr al-Mazi tentang Dajjal yang saya sampaikan di sebuah masjid di Kemaman ini.

Dari segi bahasa, ia berasal dari ad-Dajl iaitu menyelubungi. Dinamakan orang yang sangat pembohong sebagai Dajjal kerana ia menyembunyikan kebenaran dengan menzahirkan kebatilan.

Beberapa perkara asas yang perlu diketahui tentang Dajjal ialah:

-Adakah ia Ibn Sayyad atau selainnya? Dan jika Dajjal itu ialah selain Ibn Sayyad, adakah ia telah muncul di zaman Nabi SAW atau belum?

-Bila ia keluar?

-Kenapa ia keluar?

-Dari mana ia keluar?

-Apa ciri-cirinya?

-Apa yang ia dakwakan?

-Apakah fenomena yang berlaku ketika munculnya sehingga pengikutnya begitu ramai?

-Bilakah ia binasa dan siapakah yang membunuhnya?

Menjawab soalan-soalan di atas:

Pertama: Dalam Kitab ‘al-I’tisam’ ketika dihuraikan hadis Jabir bahawa Ibn Sayyad itulah Dajjal. (Ibn Sayyad ialah seorang kanak-kanak lelaki Yahudi yang mempunyai ciri-ciri Dajjal, menjawab balik jawapan Nabi dengan biadab. Hadis berkenaan dengannya sangat terkenal dan boleh dibaca dlm kitab-kitab Hadis)

Kedua: Hadis Fatimah binti Qais tentang kisah Tamim ad-Dari yang dikeluarkan oleh Muslim bahawa Dajjal itu telah muncul semenjak zaman Nabi SAW lagi. Ia ditahan di satu pulau.

Ketiga: Hadis an-Nawwas yang diriwayatkan oleh Muslim bahawa Dajjal itu keluar ketika orang Islam membuka Qonstantinopel.

Keempat: Sebab keluarnya ialah kerana ia marah terhadap satu perkara. Ini di sebut di dalam hadis Ibn Omar dari Hafsah yang driwayatkan oleh Muslim.

Kelima: Keluarnya dari Timur. Dalam satu riwayat yang dikeluarkan oleh Ahmad, al-Hakim dari hadis Abu Bakar ia keluar dari Khurasan. Dalam riwayat lain oleh Muslim ia keluar dari Isfahan.

Keenam: Sifatnya ialah bermata satu dll

Ketujuh: Ia mendakwa pada awalnya iman, baik, kemudian nabi, dan kemudian Tuhan. Ini di sebut dalam riwayat yang dikeluarkan oleh atTabrani dari Sulaiman bin Shihab.

Kelapan: Ia binasa selepas munculnya di bumi dan memasuki semua tempat melainkan Mekah dan Madinah. Ia menuju Bait al-Maqdis. Nabi Isa turun lalu membunuhnya.

Abu Nuaim mengeluarkan ketika menerangkan tentang Hassan bin Atiyyah, katanya: Tidak terlepas dari fitnah Dajjal melainkan 12, 000 lelaki dan 7 ribu wanita. Wallahua’lam. (Ibn Hajar al-Asqalani  j 13 ms131)

Kesimpulan dari hadis tentang Dajjal:

  • Dajjal ialah seorang Yahudi
  • Disebut juga sebagai al-Masih ad-Dajjal
  • Dajjal hanya bermata satu kerana matanya yang sebelah buta
  • Ramai pengikutnya Yahudi
  • Dajjal akan menguasai dunia untuk satu tempoh masa dengan izin Allah dan mendakwa dirinya Tuhan
  • Bakat ilusi dan tipudayanya tersangat hebat yang tidak pernah disaksikan sebelumnya
  • Ia akan dibunuh di sebuah kampung bernama Bab al-Lud di Bait al-Maqdis

Kepercayaan orang Yahudi tentang personaliti yang disebut-sebut akan muncul di akhir zaman:

  • Kedatangan Nabi atau Raja Bani Israel di akhir zaman yang dikenali al-Masih
  • Al-Masih ini didakwa akan mewujudkan Kerajaan Tuhan di dunia atau ‘Kingdom of God on Earth’ dan membinasakan semua agama lainKabbala
  • Penduduk kerajaan Tuhan di Dunia adalah semata-mata bangsa Yahudi yang mengikut agama Judaisme (Kebanyakan anggota Illuminati yang merupakan golongan pemodal elit antarabangsa adalah orang Yahudi yang beraliran mistik Kabbala dan bertuhankan Lucifer. Simbol mewakili Lucifer ialah mata satu yang bermaksud ‘Tuhan Lucifer’ melihat semuanya. Freemasson (kuda tunggangan Illuminati) juga menggunakan simbol mata satu ini. Aliran Yahudi Kabbala mendapat publisiti meluas di media antarabangsa sejak akhir-akhir ini berikutan penganutan bintang terkemuka penuh kontroversi AS, Madonna yang menjadi pengikut setia dan menyebarkan dakyahnya) fremason
  • Terdapat satu aliran mistikal di kalangan umat Yahudi yang percaya kepada kemunculan Tuhan Lucifer yang bermata Satu. Mempunyai tipu ilusi yang tiada tolok banding (ingat Hollywood dan media maya)

(rujukan:

Sesungguhnya Tuhan kamu tidak bermata satu, Crescent News (KL) Sdn Bhd, cet 1, 2007 ms 126)

Komen (22)

  1. Alhamdulillah..ribuan terima kasih diucapkan kpd ust nik nasri dengan input-input yang telah ust sertakan.

  2. [...] Dalam satu wawancara di youtube, dikatakan seorang bayi di Palestin memberi salam, kemudian memberitahu bahawa dia adalah orang yang akan dibunuh oleh Dajjal. Kemudian tidak ada lagi orang lain yang akan dapat dibunuh oleh Dajjal. Benarkah itu bayi dan bakal pemuda yang dibunuh Dajjal? (Biodata ringkas Dajjal) [...]

  3. Abu Zarr says:

    Salam….tuan, kalau ada betulnya Dajjal keluar dari isfahan adakah bermaksud penganut-penganut Syiah di Iran itu semua peganut Dajjal?

    Sebab itu yang selalu dikaitkan kerana mengatakan Syiah itu sesat?

    Dan ada pula yang mengatakan Ahmadenejad itu keturunan yahudi?…jadi apa kena mengenan kedua cerita ini?

    Tapi saya nak bertanya tuan:

    1. Di zaman Nabi Musa di situ juga lahirnya Firaun….di Mesir

    2. Di zaman Nabi Muhammad di situ juga lahirnya Abu Jahal ….di Mekah

    3. Kalau kita kata yahudi….Nabi Isa juga keturunan yahudi….Nabi yang akan turun di akhir zaman.

    4. Bukan ke yahudi yang kita tentang itu zionis nya….??? sebab ada yahudi juga yang berlawan dan menentang yahudi kerana zionisme….

    Minta tuan buat ulasan….Salam

  4. Saya kurang jelas mengenai Dajjal dan Lucifer, adakah keduanya merupakan entiti yang berlainan atau sebenarnya adalah sama cuma menggunakan nama yang berlainan menurut agama masing masing iaitu Islam memanggilnya Dajjal dan Kristian memanggilnya Lucifer. Dan adakah juga YHWEH dalam yahudi itu merupakan Allah yang orang Islam fahami atau YHWH itu juga sebenarnya merujuk kepada Lucifer.

  5. pemudapandan says:

    Salam, Ustaz Nik.. bolehlah kirenye diizinkan saya berkongsi jawapan kepada beberapa persoalan yang dilontarkan berdasarkan pembacaan..

    Zionisme dan freemasonry adalah perancangan yahudi yang taat kepada Iblis.

    Lucifer adalah nama Iblis.

    Dajjal dan Lucifer adalah dua entiti berlainan.

    Ada Yahudi yang biasa. Mereka ini tidak menjadi pengikut Iblis malah menentang Lucifer, Freemason dan Zionisme. Mereka mengikut ajaran kitab Talmud namun mereka tetap sesat kerana kitab mereka yg telah diselewengkan.

    Yahudi yang menjadi pengikut Lucifer mengamalkan upacara penyembahan dan ‘Black Magic’ untuk berkomunikasi dengan Iblis dan Syaitan. Dua segitiga yang membentuk bintang Israel mennggambarkan kesatuan makhluk dua dimensi ini.

    Dengan bantuan Iblis, mereka berjaya membentuk kuasa dunia.

    Dunia jin dan syaitan juga ada golongan elit yang hanya berkerjasama dengan golongan elit kejahatan manusia atau ‘Freemason’ ini untuk menguasai dunia. Jin dan syaitan ini diketuai Iblis iaitu Lucifer. Lucifer juga dinamakan ‘The Fallen Angel’ – ‘Malaikat yang telah gugur’ merujuk kepada Iblis yang pernah menjadi malaikat sebelum dibuang dari syurga.

    Dajjal pula ada dua pendapat mengenainya:

    1. Yang pertama ia adalah makhluk yang ganjil bermata satu cara kelahirannya dan telah dilahirkan suatu masa dahulu dan akan keluar pada masa tertentu selepas ikatannya terlepas. (Berdasarkan kefahaman terus melalui hadis).

    2. Yang kedua, ia adalah suatu bangsa yang melakukan kehancuran di muka bumi (disamakan dengan Ya’juj dan Ma’juj). Hujah alasan ini ialah bacaan doa Nabi Muhammad ialah mengelak fitnah Dajjal dan bukan ‘makhluk’ Dajjal. Fizikal yang diceritakan dalam hadis adalah gambaran kepada bangsa itu. Buta mata kanannya bermaksud buta melihat kebenaran dan hanya melihat kebatilan dan kezaliman. etc.. Bangsa ini dianggap bangsa Nasrani kerana ayat perlindungan untuk Dajjal dalam surah Al-Kahfi sepuluh ayat pertama dan terakhir menceritakan golongan Nasrani.

    Kepastian hal ini masih belum ada.

    Setakat itu melalui pembacaan saya. Mungkin ustaz Nik boleh memberikan ulasan.

    Syukran Wassalam…

  6. Ustaz Nik Nasri says:

    terimakasih byk.

  7. MOH.SAUDI says:

    EMANG ADA BERAPAKAH DAJAL????

  8. Ustaz Nik Nasri says:

    Dajal sebenar ada satu. Dajal palsu ramai

  9. Lan says:

    ustaz, sy nak tanye skit pasal freemasonary dan iluminati yg digembar gemburkan akan menguasai dunia dan ejen dajal. Sy menjadi makin confuse sekarang ni. Bolehkah ustaz menjawab persoalan sy ni..

  10. Ustaz Nik Nasri says:

    fremasonry dan iluminati ada hubungkait sebagai agen Dajjal. Cuma siapa dan apa sebenarnya Dajjal mungkin byk perbincangan di situ. Kat mana confuse?

  11. arif says:

    salam
    astaz ape pule tugas imam mahdi..???
    yang di katekan akan menjadi imam kpd uma islam pada zaman dajjal???

  12. siti says:

    salam ustaz adakah btul iman mahdi itu wujud?

  13. Ustaz Nik Nasri says:

    Betul

  14. Zahid says:

    Thanks d atas infomasi y d brikan….

  15. nkita alatas says:

    salam ustaz..
    apakah lucifer dan dajjal sama..????????

  16. adam says:

    assalammualaikum,

    ustaz jika dajjal muncul kita bolehkah melihatnya???

  17. Ustaz Nik Nasri says:

    ya

  18. Ihin Solihin says:

    Menurut saya, Dajjal adalah wujud yang bersifat dan sifat yang berwujud. Jika kita membaca hadits berkenaan tentang Dajjal, di perlukan pemahaman yang besar, karena terdapat banyak perumpamaan. Demikian pula dengan Ya’juj Ma’juj, Mahdi dan Isa, wujud dan namanya hanya perumpamaan.
    Mungkin begini :

    Si A adalah predikat kafir (siapapun tahu kalau dia itu kafir), memiliki kekuatan atau kemampuan untuk masuk ke semua negri, menyebarkan fitnah dan kehancuran kecuali kota Mekkah dan Madinnah, melihat atau memandang dengan “sebelah mata” (mungkin menutup kebenaran dan membuat fitnah atau kehancuran).

    Si B adalah “dua kelompok, kekuatan, golongan atau aliran”

    Si C adalah pemimpin atau imam yang akan berusaha menghentikan dan menghancurkannya tapi tidak sanggup atau mati

    Si D adalah yang memiliki “kekuatan besar” untuk “menghancurkan dan melenyapkan kekuatan dan sifat” Si A dan Si B.

    Kesimpulannya mungkin begini, semua nama yang di sebutkan mungkin hanya bersifat perumpamaan.

  19. Ustaz Nik Nasri says:

    Hadis menyebutkan demikian. Adapun huraian dan hakikat sebenar bukanlah suatu perkara yang mudah untuk diputuskan. Yang menjadi kewajipan kita ialah berpegang teguh kepada islam, berjihad menegakkan Islam, minta berlindung dari semua fitnah tersebut

  20. HantarPulang says:

    Apa yang saya tahu Illuminati adalah satu pertubuhan kuat di Amerika Syarikat yang bertujuan untuk merosakkan manusia dan mereka memang bersedia untuk kedatangam Dajjal.Satu dunia tertipu dengan konspirasi yang dilakukan oleh ahli Illuminati.Saya juga dapat tahu kerajaan Amerika di white house semuanya adalah Illuminati.Semua konspirasi telah dirancang untuk membunuh seramai mana manusia untuk menyambut kedatangan Dajjal.Mereka telah menguasai bank,senjata,dan hampir seluruh ekonomi dunia mereka pegang dan saya berpendapat Dajjal akan keluar dan menjadi ketua kepada seluruh ahli Illuminati dan Freemason terutamanya.Kalau dilihat memang tiada siapa dalam dunia ni yang dapat dan takde yang berani untuk menentang Illuminati ya,kerana mereka telah menguasai segala-galanya.MashaAllah.

  21. midon says:

    tiada soalan…cuma nak bagitahu… saya rasa dajjal is here…in malaysia….maybe…51%…..x pasti….sorry ustaz.

    ada sesuatu yang saya nak bagitahu,, cuma saya x pasti ustaz bole hubungi saya di email yang tertera….. insyaallah saya akan ceritakan selanjutnya nanti….

  22. Ustaz Nik Nasri says:

    agak janggal pandangan sdr

Hantar Komen Anda