‘Belajarlah Bersungguh-sungguh’ Dan ‘Berharaki’lah

ilmu1Seorang bekas anak murid menghantar sms dari Yaman: ‘Selamat sampai ke Yaman Ustaz. Doakan ana.’ Saya balas: ‘Moga selamat. Belajarlah bersungguh-sungguh sehingga alim.’ Beliau adalah bekas pelajar sebuah politeknik. Masuk belajar setahun lebih di Pondok Pasir Tumbuh. Sempat belajar dengan saya beberapa kali tatabahasa Arab menurut kaedah yang pernah saya belajar di pondok dahulu sebelum menyambung pelajaran ke Yaman. Cepat juga nampak ‘tangkap’nya. Saya nasihatkan beliau supaya pegang dengan prinsip. Apa yang dipegang sekarang dalam beragama itulah yang diamal dan dipegang. Jangan mudah terpengaruh dengan pelbagai aliran yang asing dari aliran teras dan majoriti ulama muktabar. Dalamasa yang sama, jangan lupa juga untuk meningkatkan kefahaman dalam gerakan Islam. Masa 4-5 tahun di luarnegeri manfaatkan sungguh-sungguh untuk ilmu dan kefahaman yang benar.

Ramai yang baharu masuk ke IPT dalam dan luarnegara sekarang. Saya fokus kepada mereka yang berada dalam jurusan agama. Ambillah peluang untuk belajar ini menimba sepenuhnya ilmu. Jangan hanya mengharap yang formal dalam kelas tapi carilah guru bertalaqqi. Bukan hanya pengkhususan tapi kuasailah semua bidang ilmu-Tauhid, Fiqh, Tasauf, Quran, Hadis, semua ilmu Usulnya, Sirah, Bahasa Arab dan kesemuanya kalau boleh. Halobalah terhadap ilmu.

Zaman ini zaman yang penuh cabaran. Intelektual Islam kini punya cabaran lebih besar, bukan sahaja dalam ilmu secara tradisi, tetapi juga ilmu-ilmu moden yang mencabar. Dalamasa yang sama, berusahalah untuk ‘berharaki’ (ceburkan diri dengan gerakan Islam. Dalam konteks Malaysia- PAS) secara benar supaya ilmu yang diperolehi adalah ilmu yang benar-benar boleh dimanfaatkan untuk semua dan untuk Islam dan umat Islam.

Saya telah kongsikan Siri Kembara Ilmu saya mulai siri 1 hingga terbaharu untuk motivasi saudara yang berminat yang sedang belajar atau baharu merasai suasana baharu di tempat baharu. Ingat firman Allah: ‘Hendaklah ada segolongan manusia yang keluar dari setiap puak MENDALAMI agama dan MEMBERI PERINGATAN kepada kaum mereka apabila mereka pulang. Mudah-mudahan mereka beringat dan berhati-hati.’

Allahu yusahhil alaik, Siiru ala barakatillah

Komen (4)

  1. wan says:

    MashaAllah.. naik semangat saya untuk terus dlm perjuangan ini!! Syukran ustaz.. Doakan saya terus kuat!

  2. wan says:

    Asif ustaz, apa maksud ‘berharaki’ tu? sy budak baru belajar…

  3. Ustaz Nik Nasri says:

    Haraki asal dari bahasa Arab. Bahasa mudah- berjemaah, ikuti, ceburi dan komit dengan gerakan Islam. Dalam konteks Malaysia PAS

  4. wan says:

    oh.. faham2..syukran

Hantar Komen Anda