Khutbah: Alignment Kiblat Dalam Dan Luar Solat
Peristiwa berpalingnya kiblat dari Bait al-Maqdis ke Kaabah adalah salah satu peristiwa penting mewarnai bulan Rejab dan Syaaban. Ayat 142-150 surah al-Baqarah menceritakan kisah ini. Yang penting ialah kesediaan iman menerima perintah Allah walaupun perubahan arah kiblat itu berlaku ketika sedang solat. ‘Dengar dan taat’ itulah slogan mukmin. Kebetulan hari ini Jumaat 16 Julai jam 5.28 petang juga adalah masa bayang matahari searah kiblat. Boleh betulkan arah kiblat (47) ketika itu. Bukan sahaja betulkan kiblat untuk solat dan ketika solat, tetapi di luar solat. Jangan berkiblatkan nafsu, Timur atau Barat dan ideologi yang datang dari Timur dan Barat .
khutbah Jumaat: alignment kiblat dalam dan luar solat (65)

