(Klip-Video) Gadis Perancis Tanggal Purdah
Perhimpunan Kebangsaan Perancis semalam (13 Julai 2010) meluluskan rang undang-undang yang mengharamkan pemakaian purdah di semua tempat awam. Menurut rang undang-undang tersebut, wanita yang memakai purdah atau pakaian penutup muka lain di tempat awam, bukan sahaja akan didenda sebanyak 150 Euro, malah perlu dihantar mengikuti kursus mengenai nilai kewarganegaraan Perancis. Manakala, mereka yang memaksa wanita memakai purdah, akan dipenjara setahun atau denda sebanyak 30,000 Euro.
Rang undang-undang itu akan diserahkan kepada Senat untuk dibahaskan pada September nanti dan dikuatkuasakan selepas itu. Kini, terdapat lebih 5 juta penduduk Muslim di Perancis. Bagaimanapun, hanya kira-kira 2,000 daripada mereka yang memakai purdah. Sebelum ini, Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy pernah menyifatkan purdah sebagai bertentangan dengan harga diri wanita.
Klip-video di bawah menunjukkan reaksi seorang gadis Perancis perkara yang boleh dibuat oleh pemakai purdah di khalayak ramai tanpa menunjukkan muka. Saksikan.
Klip video :


tak dpat tengok la ustaz video nya.
malam tadi masa setting ok. Dah masukkan linknya di bawah.
tok lih tengok la ustaz.
klik kat link kat bawah klip-video tu
assalamu alaikum wr.wb.
Berkenaan dengan membuka purdah memang samapai saat ini, masih diperdebatkan, antara islam konservatif dan moderat mereka masih sama-sama menyatakan pandangan…tetapi, di Indonesia pada kebanyakan wanita muslim lebih memilih membuka Purdah (cadar) namun pun perkembangannya semakin hari semakin banyak wanita muslim menutup wajahnya, sementara yang lain masih memegang teguh pendirian bahwa Aurat Perempuan seluruh tubuh kecuali Muka (wajah) dan telapak tangan.
mesej sebenar yang ingin saya sampaikan melalui klip video ini ialah seorang muslimah yang sanggup buat apa sahaja bagi memelihara kehormatan dirinya, bukan hanya setakat purdah atau tak. Muslimah kini- di Malaysia atau Indonesia sudah pudar maruah. Isu Ariel dan Luna mencemar nama muslim dan nama Indonesia. Begitu juga artis di sini.
Betul lah ustaz, perempuan melayu malaysia, pakai pakaian tp bertelanjang, disuruh menutup aurat, tp di tutup rambut sahaja, sy yg leleki ni pun rasa malu ngan perempuan perancis