Kembara Ilmu 16: Erbakan Dan AnNursi
(Kembara Ilmu 15) Ketika melancung di Turki, suasana hampir pilihanraya. Dalam bas, pemandu bas pasang siaran radio berkait dengan pilihanraya. Tak faham kerana dalam bahasa Turki tetapi kedengaran meriah. Hasil dari pemerhatian selama di Turki saya dapat buat kesimpulan bahawa ahli perniagaan Turki terbahagi dua. Satu kumpulan terang-terang sokong Najmudin Erbakan dan satu lagi yang sekular. Dr Irfan bawa kami ke satu majlis. Saya dapati ramai dari kalangan mereka adalah tokoh akademik dan korporat. Kelihatan mereka cukup islamik. Barangkali kesan dari tulisan dan kesedaran yang dibangkitkan oleh Badiuzzaman Said anNursi melalui Risalah anNurnya masih terkesan sehingga ke dunia moden sekarang walaupun sekular di Turki begitu pekat dan lama.
Saya sempat membeli beberapa buah buku tentang anNursi dan karyanya sendiri iaitu 6 buah Kuliyyat Rasailunnur. Memang Badiuzzaman Said anNursi seorang yang hebat. Perjuangan dan jihadnya bukan calang-calang. Saya mula mendengar tentangnya ketika di sekolah menengah sekitar tahun 1980an.
Filem Animasi Bediuzzaman Said Nursi (Siri 1 – Menarik)
Kami mengunjungi tempat-tempat menarik, termasuk bertemu pelajar-pelajar tahfiz Turki secara kebetulan. Bentuk mukabumi Pumakale sangat cantik. Kawasan tanahtinggi Uludag juga menarik walaupun tiada salji ketika itu. Konya dan lain-lain tempat juga menarik. Bila timbul isu Mavi Marmara, saya teringat dengan Selat Bhosporus dan Laut Marmara yang kami susuri. Turki meninggalkan kenangan manis, terutama sebagai sebuah khilafah Islamiyyah Uthmaniyyah, payung terakhir buat umat Islam sebelum jatuh pada 1924. Bilakah khilafah ini akan kembali?
Antara artikel berkaitan Badiuzzaman Said anNursi:
sekilas tentang anNursi (12) anNursi dan Jamaah anNur (12) prinsip pendidikan generasi muda menurut anNursi (20)

