Sentimen Agama Menyelinap Ketika Tonton World Cup

nelson-mandela-world-cupMasa remaja dahulu, seperti kebanyakan remaja lelaki lain, saya kuat main bola. Padang Rumah Halimi (Rumah B) Sekolah Alam Shah ada padang Wembley. Petang-petang kami bertarung di situ. Bila usia meningkat hingga 40 an kini, masih lagi menonton terutama ketika Bolasepak Piala Dunia sedang memuncak sekarang. Tetapi tak lah sampai makan bola, tidur bola, mimpi bola atau gila bola dan demam bola. Kalau ada pun sedikit bersin dan selesema bola. Nampaknya bukan saya sahaja yang ada sedikit ilmu agama ini terkesan dengan bola, rupa-rupanya ketua juri hakim Majlis Tilawah al-Quran peringkat Kebangsaan (?) pun, Datok Wan Muhammad terkesan dengan bola ketika mengumumkan keputusan Majlis Tilawah al-Quran baru-baru ini dengan berpantun menyebut Argentina lawan Jerman. Bukan ini yang saya mahu ceritakan.

Cerita sebenar ialah entah kenapa apabila menonton bolasepak Piala Dunia sekarang, kecenderungan menyokong pasukan mana bergantung kepada sentimen agama. (Nampaknya sentimen ini ada juga kepada Datuk Kadir Jasin, cuma ia cenderung melalui citarasanya sendiri).

Misalnya ketika Brazil vs Belanda. Saya ajak anak-anak (yang suka tengok bola) tak sokong Belanda. Anak-anak tanya, kenapa abah? Saya jawab kat Belanda ni lah yang buat karikatur hina Nabi. Begitu juga tentang Denmark, Amerika dan England. Masing-masing ada rekod buruk kepada Islam dan umat Islam. Saya tak suruh sokong lawan mereka tapi tak sokong mereka. Mungkin nampak pelik sedikit tapi sentimen itulah yang ada dalam diri. Ekstrimkah sentimen ini? Saya harap tidak. Ia bukan dibuat-buat, tapi terasa dalam diri begitu.

Ketika Argentina vs Jerman, anak-anak tanya, abah sokong mana? Saya tak tahu nak jawab. Kalau ketika remaja dahulu, mungkin minat Maradona (sekarang tak minat dah. Nampaknya dia sudah sombong. Pasukannya kalah) atau lain-lain pemain. Sudah tiada lagi pemain bolasepak yang diminati kerana bola sekarang hanya ditonton kerana minat dengan aksi menarik dan cara gol disumbat sahaja. Argentina dan Jerman kurang ketara dari segi diskriminasi atau sikap anti-Islam. Mungkin di Jerman ada tapi tidak sebesar jenayah negara lain.

Siapakah yang ke final? Bola itu bulat. Padang itu rata. Referee itu neutral. Mana-mana pasukan boleh menang. Tapi yang payah kalah ialah BN kerana bola bujur, padang tak rata dan referee bias. Eeh, ke situ pulak perginya!

Komen (5)

  1. abu wildan says:

    salam ust,

    ayat terakhir ana best baca…ust buat lawak menjadi…ha..ha ha ha.
    ana setuju

  2. Ustaz Nik Nasri says:

    lawak berisi dan bermakna takpe ya akhi

  3. rismail says:

    ust nik…..sentiasa ada buah akhir pd sesi kuliahnya……

    Insyallah,walaupun BN ada Bola bujur,padang x rata n so ever…gelombanhg anak muda nti pasti mengkapankannya nnti .

  4. Buzz says:

    Ustaz Nik, bukan padang ‘Wimbledon’ tapi ‘Wembley’. Satu lagi padang ‘River Plate’. Kita pernah sama-sama bertendangan bola di situ.

  5. Ustaz Nik Nasri says:

    lepas masukkan artikel baharu ingat wembley, bukan wimbledon, silap tu. river plate, betul. nostalgia manis zaman remaja tu.

Hantar Komen Anda