Rejab Bulan Palestin

 

palestin(kemaskini 26 Mei 2017) Di antara peristiwa penting di bulan ini ialah Isra’ Mikraj. Pelbagai pengajaran boleh diambil darinya. Di antara yang penting tetapi jarang disingkapi dengan wajar ialah hubungkait Isra’ Mikraj dengan isu Palestin. Ketika kecil-kecil dahulu, ustaz atau tok guru berkata: ‘Bulan Rejab dah masuk. Kita baca Isra..’ Lalu disebut peristiwa-peristikwa yang dilalui Nabi Muhammad SAW tanpa dihubungkaitkan dengan hikmah dan falsafah di sebaliknya. Masa itu telah lama berlalu. Ramai ustaz, penceramah kini yang menghuraikan Isra’ Mikraj dan bulan Rejab dan falsafahnya termasuk kaitannya dengan bumi Palestin itu sendiri. Dr Fadl Hasan Abas, seorang ahli akademik pakar ilmu tafsir berasal dari Palestin, matanya buta, hatinya tidak, menulis sebuah buku berjodol Nafahat Min al-Isra wal Mikraj. Di antara kupasannya menyebut Isra’ Mikraj ialah hari Palestin. Kita tidak perlu menunggu akhir Rejab untuk menyambut hari Palestin ini.

Rejab Bulan Palestin 1 (991)2 (890)powerpoint (1434)

kupasan dari kitab nafahat min al-Isra wal mikraj: 1 (909)2 (855)

khutbah Jumaat Ust Ridhuan Md Nor, exco DPPP Masjid Pasir Minal (963)

Surah al-Isra’ turun selepas surah al-Qasas. Surah al-Qasas berkenaan para Nabi terdahulu. Hampir kesemuianya berkisar di bumi Palestin atau yang berhampiran dengannya. Selepas surah al-Qasas, surah al-Isra’ menyusul. Fokus peristiwa Isra’ terhadap Palestin boleh disimpulkan dalam beberapa point seperti di bawah (melalui ringkasan buku Nafahat min al-Isra’ wal Mikraj):

1.Surah al-Isra’ juga dinamakan surah Bani Israel. Tentu ada hikmah dinamakan demikian. Surah Muhammad misalnya, juga dinamakan surah al-Qital (peperangan). Jangan disangka nama ini hanya kerana ada perkataan alqital di dalam surah Muhamamad itu. Surah al-Mukmin juga dinamakan surah Ghafir. Bacalah surah-surah itu kalau mahu memahami mengapa ia dinamakan demikian. Surah al-Isra’ yang dinamakan surah Bani Israel bukan hanya kerana disebut Bani Israel di dalamnya, kerana Bani Israel banyak disebut dalam surah-surah yang lain. Disebut Bani Israel bersama peristiwa Isra’ menunjukkan sejarah yang dalam dan panjang di antara keduanya. Ini mengingatkan kepada orang Islam betapa keturunan bani Israel ini akan bertembung dengan mereka terutama dalam isu Palestin ini. Apatah lagi apabila mereka mendakwa mereka punya hak ke atas bumi Palestin ini.

gharqad2.Dalam ayat pertama surah al-Isra’, Nabi Muhammad SAW tidak disebut dengan namanya tetapi pangkat ‘hambaNya’, satu pangkat yang sebenarnya cukup tinggi di sisi Allah. Ini menjadi isyarat jelas buat umat Islam bahawa bumi Palestin ini tidak dapat dibebaskan melainkan sifat kehambaan kepada Allah itu dibuktikan terlebih dahulu. Sifat hamba inilah yang menjadikan umat Islam itu wali Allah dan punya karamah sehingga batu dan kayu bercakap memberitahu umat islam bahawa Yahudi bersembunyi di belakang kayu dan batu itu. Nabi SAW bersabda: ‘Tidak berlaku Kiamat hingga orang Islam memerangi Yahudi, lalu orang Islam membunuh Yahudi sehingga Yahudi bersembunyi di belakang batu dan pokok. Batu dan pokok berkata: ‘Ya Muslim Ya Hamba Allah! Ini Yahudi dibelakangku. Mari! Bunuh mereka’, melainkan pokok Gharqad kerana ia pokok Yahudi. Hadis riwayat Muslim. (gambar: inikah gharqad?)

Dalam sejarah, mereka yang mampu membebaskan Palestin dan Masjid al-Aqsa adalah mereka yang menjulang tinggi kalimah Tauhid, punya sifat hamba cukup hebat, ibadah yang bukan calang-calang dan peribadi yang unggul. Saidina Umar al-Khattab dan Salahuddin al-Ayyubi adalah nama-nama itu. Seorang penyair menyebut:

Bagi Masjid al-Aqsa itu ada kebiasaannya

ia berlaku, terjadi dan begitulah kebiasaannya

Apabila esoknya kehinaan bertapak

Allah membangkitkan bagi al-Aqsa penolong

Lantas penolong yang membebaskannya kali pertama

dan penolong yang membebaskannya kali kedua

Iman dan kehambaan kepada Allah itulah yang menjadi senjata utama bagi membebaskan Palestin sebelum senjata-senjata lain.

3.Firman Allah bermaksud ‘..ke Masjid al-Aqsa yang Kami berkati sekelilingnya..’ Setiap perkataan dalam al-Quran punya erti dan maksud. Ia tidak disebut secara kosong tanpa makna. Barangkali inilah yang difahami oleh Salahuddin al-Ayyubi dalam misi membebaskan al-Quds dengan dibebaskan terlebih dahulu kawasan-kawasan sekitarnya. Mereka yang pernah ke Ajloun di Jordan, Damsyik di Syria akan melihat kota-kota Salahudin al-Ayyubi yang tegak berdiri megah hingga sekarang yang menjadi bukti sebuah jihad pepmbebasan bumi sekitar Palestin sebelum membebaskan Palestin dan Masjid al-Aqsa itu sendiri. Barangkali itulah juga yang perlu difahami umat Islam sekarang. Selagi Mesir, Jordan, Syria, Lubnan disekitar Palestin diperintah oleh penguasa nasionalis Arab, maka selagi itulah bumi Palestin itu tidak dapat dibebaskan sepenuhnya.

4. Ayat kedua surah al-Isra’ memfokuskan tentang Nabi Musa yang diberikan Taurat, menjadi petunjuk kepada Bani Israel, zuriat dari Nabi Nuh as. Dalam peristiwa Isra’ Mikraj, Nabi Musa cukup prihatin dengan umat Muhammad SAW. Baginda yang meminta Nabi Muhammad SAW memohon kepada Allah supaya diringankan bilangan waktu solat buat umat Muhammad SAW kerana ia sudah punya pengalaman dengan Bani Israel. Bani Israel adalah bangsa yang suka mengingkari pelbagai nikmat Allah. Justru, umat Muhammad SAW tidak dapat mengalahkan musuh mereka di kalangan Yahudi jika mereka sama dengan Bani Israel dalam mengingkari nikmat-nikmat Allah. Saidina Umar pernah mengingatkan bala tentera Islam supaya taatkan Allah supaya mereka tidak sama dengan musuh dalam melakukan maksiat kepada Allah. Kalau sama-sama melakukan maksiat, maka kekuatan senjatalah yang menjadi ukuran.

5. Dalam ayat berikutnya, Allah menjelaskan bahawa Bani Israel ini akan melakukan kerosakan di mukabumi sebanyak dua kali dan akan menjadi begitu angkuh dan sombong kerana punya kelebihan-kelebihan tertentu. Dr Fadhl Hasan Abbas telah menghuraikan ayat ini dengan agak panjang. Kesimpulannya ialah kerosakan yang dilakukan pada kali yag kedua itu ialah di zaman kita ini. Mereka tidak pernah ada negara, tetapi Israel kini diiktiraf sebagai sebuah negara walaupun bagi umat Islam ia adalah negara haram. Dari segi politik, ia punya lobi yang kuat dalam menentukan Presiden Amerika dan dasar negaranya. Demikian juga dalam bidang ekonomi, syarikat apa yang tidak dikuasai oleh Yahudi. Dalam bidang ketenteraan, media dan komunikasi, Yahudi menjadi terlalu hebat seakan-akan tidak dapat dicabar oleh sesiapa pun.

haji norazman haluanpalestin dan ustnikJelas kepada kita, bahawa peristiwa Isra’ Mikraj ini, walaupun hanya satu ayat disebut dalam ayat pertama surah al-Isra dan peristiwa mikraj pada ayat yang lain tetapi isu yang berkaitan dengannya bukanlah isu kecil, bahkan inilah di antara isu penting yang mesti diberi tumpuan oleh umat Islam. Bumi Palestin mesti dibebaskan. Dan umat Islam mesti membebaskan dirinya dari penyakit alwahnu (kasihkan dunia dan takutkan mati) terlebih dahulu, agar mereka layak membebaskan bumi Palestin.

.

.

.

Komen (3)

  1. [...] Dr Fadhl Hasan Abas agak banyak terutama Ulum al-Quran. Beberapa buah bukunya saya beli, termasuk Nafahat Min al-Isra’. Ketika Dr Muhammad asSiyam, mamtan imam Masjid al-Aqsa datang ke Kemaman tempohari, saya sebut [...]

  2. [...] saya menyebut secara ringkas 7 pengajaran dari Isra’ Mikraj berdasarkan tulisan almarhum Dr Fadhl Hasan Abas dalam kitabnya Nafahat Min al-Isra’ wal [...]

  3. [...] pada khutbah Jumaat kedua, seringkali doa buat umat Palestin diucap. Artikel-artikel di portal ini (Rejab Bulan Palestin, Ulangtahun Peristiwa anNakbah,  8 Iktibar Selepas 8 Tahun Syahidnya Sheikh Ahmad Yaasin dan [...]

Hantar Komen Anda