Taqarrub Kpd ALLAH Melalui Ibadat Sunat Utk Menang Terhadap Musuh
Kemenangan umat Islam terhadap musuh mesti bermula dengan kekuatan diri. Tidak ada kekuatan diri melainkan mentarbiyyah diri mendekatkan diri kepada Allah melalui amal.
Berkata Maimunah ra bahawa Nabi SAW bersabda: Allah berfirman, maksudnya: ‘Tiada seorang hamba yang bertaqarrub (mendekatkan dirinya) kepadaKu, seperti dia menunaikan segala yang fardhu atas dirinya. Dan sesungguhnya dia akan mendekatkan dirinya kepadaKu dengan memperbanyak nawafil (solat-solat sunat), sehingga Aku mengasihinya. Maka apabila Aku sudah mengasihinya, jadilah Aku umpama kaki yang ia berjalan dengannya, tangan yang ia memukul dengannya, lidah yang ia berucap dengannya dan hati yang ia berfikir dengannya. Dan apabila dia memohonKu, nescaya Aku memberinya, dan apabila dia berdoa kepadaKu, nescaya Aku kabulkan. (riwayat Ibn Sunni daripada Maimunah)
1 (50), 2 (35), hq133 (36), hq133a (37), 5 (31), 6 (37)
Dalam 2 hadis qudsi yang lain:
Berkata Ibnu Abbas ra bahawa Nabi SAW bersabda: Allah berfirman, maksudnya: ‘Tiada seorang hambaKu yang beriman bertaqarrub kepadaKu seperti dia zuhud di dunia. Dan tiada dia menyembahkan ibadatnya kepadaKu seperti dia menunaikan segala kefardhuan yang Aku wajibkan ke atasnya. (riwayat al-Qudha’i daripada Ibn Abbas)
Berkata Abu Umamah r.a bahawa Nabi SAW bersabda: Allah berfirman, maksudnya: ‘Sentiasalah hambaKu mendekatkan dirinya kepadaKu dengan mengerjakan solat-solat sunat, sehingga Aku mengasihinya. Maka jadilah Aku pendengaran yang ia dengar dengannya, dan penglihatan yang ia melihat dengannya, dan lidah yang ia bertutur dengannya, dan hati yang ia berfikir dengannya (iaitu ia melakukan semuanya berdasarkan perintah dan apa yang Aku redhai). Apabila ia memohon kepadaKu, Aku kabulkan. Apabila ia meminta kepadaKu, Aku memberinya. Apabila ia meminta pertolongan, Aku menolongnya. Dan sebaik-baik ibadat yang dibuat oleh hambaKu ialah memberi nasihat keranaKu. (iwayat atTabrani dalam kitab al-Kabir daripada Abi Umamah)
Huraian kepada hadis-hadis ini dibuat dalam kuliah audio di atas.
Hadis Qudsi, Syed Ahmad Semait ms 306, 308 dan 313)

