Coretan Peribadi Di Muktamar PAS Ke 56

11bersama tuan ibrahim, nik zawawi dll(Event ini sudah lebih sebulan berlalu, tapi ada baiknya untuk dikongsi) Saya ke Pekan menghantar separuh jalan isteri dan anak-anak pulang ke kampung kerana urusan perkahwinan adik isteri saya. Adik ipar ambil di Pekan bawa balik ke kampung. Dari Pekan ke Kuala Terengganu mengambil seorang rakan ustaz ke muktamar, kemudian terus ke Macang, Kelantan. Perjalanan bermula seawal jam 7 petang hingga awal Subuh. Memandu seorang. Ustaz Che Harun di sebelah. Ada beberapa subtopik secara kronologi yang ingin disentuh dan dikongsi berdasarkan apa yang dilalui secara ringkas:

1. Sukar mencari MADU:

Saya tak pernah sampai ke MADU oops Markas Dewan Ulama PAS Kelantan di Macang. Kami sampai Macang jam 3 pagi. Berlegar sekitar pekan Macang, tiada papantanda ke MADU. Kami bermalam dalam kereta di sebuah masjid di pekan Macang. Lepas solat Subuh kami bertanyakan seorang tua yang menunjukkan kami tempatnya.

2. Bangunan MADU cantik tapi kurang bersih tandasnya:

Tahniah buat Dewan Ulama PAS Kelantan keran punya bangunan sendiri dengan kawasan yang agak luas. Sedikit rimas dengan keadaan air bertakung di bilik air dan tandas yang agak kotor. Mungkin kerana ramai perwakilan. Harap dapat diambil perhatian untuk masa akan datang.

3. Usul-usul di Muktamar Dewan Ulama:

Saya diamanahkan mengemukakan usul bagi pihak Dewan Ulama PAS Terengganu. Antara usul yang penting ialah pemimpin Pakatan Rakyat yang mesti menapis calon untuk PRU 13 akan datang. Gunalah mekanisme yang sesuai.

4. Bertemu mantan naqib di MADU:

Agak terharu kerana lama tak berjumpa dengan mantan naqib yang banyak membimbing dalam harakah semenjak dari Sekolah Alam Shah hinggalah ke UKM, juga beberapa orang sahabat lama yang pernah belajar se’pondok’ dan lain-lain.

5. Ucapan dasar Presiden:

DS TG Presiden menyampaikan ucapan dasar. Teksnya seperti di bawah. Banyak perkara dan point penting yang perlu diteliti, digarap dan diambil tindakan.

6. Bertemu wira Mavi Marmara-Hj NoorAzman:

05bersama haji norazman haluanpalestinDi antara tetamu yang hadir dalam Muktamar itu ialah Hj Noor Azman, ketua delegasi bantuan kemanusiaan LL4G. Saya sempat menyapa ketika beliau kelihatan bergegas keluar selesai dari majlis perasmian. Mungkin ada program yang perlu diisi segera. Sempat bergambar dengan beliau. Belum sampai GAZA, tapi tempias mereka yang hampir ke GAZA ada.

7. Ijtimak Ulama Pelapis:

Lajnah Ulama Pelapis Pusat mengambil peluang dari muktamar ini bagi mengadakan ijtimak terutama bekas pelajar Timur Tengah. Di antara tetamu jemputan yang berucap ialah YB Ustaz Taib Azamudin, Dr Mahfuz, Ustaz Nasarudin Hasan Tantawi. Penutup oleh TG Nik Aziz yang berucap jam 11.40 malam hingga lebih 12 tengahmalam. Banyak pengalaman yang dikongsi. Saya bersampin dari pagi ke malam tanpa mandi, bermula dari majlis perasmian pada paginya hingga ke malam itu. Bekas pelajar Timur Tengah, bahkan semua graduan pengajian Islam atau bahasa Arab dalam dan luarnegeri sepatutnya bersama-sama dalam jihad ini.

8. Junior Sekolah Alam Shah berbakti melalui Kelantan Bio-Tech:

Sempena Muktamar kali ini, diadakan pameran oleh agensi di bawah kerajaan Kelantan, NGO dan07zamakhsharidan izanee SAS lain-lain. Saya bertemu dengan Zamakhshari dan Izanee yang merupakan junior saya ketika di Sekolah Alam Shah. Kalau tak silap ingatan, saya di Tingkatan 5 dan mereka di Tingkatan 1 ketika itu.

9. Wakil Sarawak humor dalam gementar:

Para perwakilan berucap mewakili negeri dan Dewan. Agak tertarik kepada wakil Sarawak. Orang muda, anak jati Sarawak rasanya, bekas pelajar dari kolej di Kedah. Beliau agak gementar, tapi beberapa kali sempat berjenaka humour tetapi sinis.

10. Dewan Himpunan Penyokong PAS:

12di belakang wakil Dewan Himpunan Penyokong PASMuktamar kali ini melakar sejarah baharu apabila Dewan Himpunan Penyokong PAS dari kalangan bukan Islam Cina dan India bersama-sama dalam muktamar dan diberi peluang untuk berucap melalui wakil mereka. Dakwah terus berkembang insyaAllah dengan medan dan dimensi yang lebih luas. Almarhum Ustaz Hasan Shukri punya banyak jasa dan peranan sehingga kewujudan Dewan ini dapat direalisasikan.

11. Pasca Muktamar:

15perwakilan PAS KemamanBanyak tindakan yang perlu dilakukan oleh semua pihak selepas selesainya muktamar. Perjuangan belum selesai. Matlamat menegakkan kebenaran masih panjang. ‘Aljihaadu madhin ila yaumil Qiamah..’

ucaptama Muktamar D.Ulama (14) , ucaptama D.Muslimat (11) , ucapan dasar Presiden (10)

Hantar Komen Anda