Wartawan Rasai Derita Palestin Walaupun Singkat

ashwadSukar mencari anak muda Melayu bersedia ke Palestin, terutama atas nama wartawan. Apalagi dalam satu misi yang bukannya jejak Rasul tetapi risikonya tinggi. Kalau NGO membantu Palestin, tak pelik. Kefahaman mereka tentang isu Palestin jelas. Saya mengingat-ingat Ashwad Ismail yang mengulang-ulang ayat ’24 hingga 28 jam dalam tragedi yang dialami, tetapi merasai derita 6 dekad rakyat Palestin.’ Melalui peristiwa perit hasil kejahatan komando Israel yang akan menjadi ingatan sepanjang hidup.

Benar. Itu baharu 24 hingga 28 jam. Bagaimana dengan rakyat Palestin itu sendiri? Darah dan airmata sudah lama kering. Derita mereka hanya mereka sahaja yang menanggungnya dengan ertikata sebenar. Kalaupun ada demonstrasi, bantahan, usul di Parlimen, boikot produk ada kepentingan Yahudi, maka ia hanya secebis dari derita sebenar rakyat Palestin.

Kalau yang secebis dengan memboikot produk ada kepentingan Yahudi pun tak dapat dibuat, maka bagaimana dengan yang lebih besar dari itu. Dengan isu terbaharu ini, mudah-mudahan dapat membangkitkan balik keprihatinan kita terhadap isu Palestin, terutama GAZA. Tidak mustahil juga, Intifadhah ke 3 akan bangkit. Hidup Islam! Hidup Palestin! Hidup GAZA! Hidup HAMAS!

Komen (2)

  1. Bakri says:

    Yg pelik Mesir pun turut menyekat dan menutup lintasan rafah.

  2. Ustaz Nik Nasri says:

    Pemimpin Mesir nasionalis. Hanya menjaga kepentingan sendiri, takut tumbang.

Hantar Komen Anda