Mulut: ‘Celaka Yahudi!’, Tgn Bantu Yahudi

boikot0001Tragedi terbaharu di perairan antarabangsa di luar pantai GAZA dalam isu serangan ke atas kapal misi keamanan ke GAZA membuktikan tentera Yahudi dan negara haram Israel tidak pernah peduli tentang undang-undang dan kemanusiaan. Lantas semua mengutuk kekejaman komando tentera Yahudi itu. Dan sememangnya mereka layak dikutuk. Allah telah menyifatkan lebih awal dalam al-Fatihah yang kita baca dalam solat terutamanya golongan ini sebagai ‘almaghthubialaihim..’ mereka yang dimurkai. Dimurkai kerana segala bentuk kedurjanaan tindak-tanduk mereka sepanjang zaman. Adakah Allah mahu kita ‘mencelakakan’ mereka sahaja atau lebih dari itu? Selain mulut yang mengutuk mereka, tangan mesti membuktikan bahawa ucapan mulut dan tangan mesti selari. Apa erti kalau mulut berbuih mengutuk kekejaman Yahudi, tangan bergelumang dengan produk Yahudi, bantu ekonomi Yahudi, panggil syarikat APCO bantu naikkan imej, berperangai macam Yahudi dan berakhlak seperti Yahudi.

Boikot produk syarikat Yahudi dan berkepentingan Yahudi mesti dipanaskan semula. Jangan bermusim. Tunggu ada isu tertentu baharu teringat untuk berbuat sesuatu terhadap mereka. Kejahatan Yahudi tidak bermusim. Kejahatan Yahudi tidak mengenal bangsa. Yang lain adalah goyim yang boleh diperlakukan apa sahaja.

Ada produk yang sudah ada alternatif dari syarikat muslim mukmin seperti HPA-minuman berkarbonat, RFC, produk harian, kosmetik dan lain-lain. Ada produk yang merosakkan seperti rokok berjenama. Ada produk yang banyak sumbangannya kepada Yahudi. Ada produk yang belum ada alternatif tapi kurang perlu. Semua pertimbangan ini mesti diambilkira oleh mereka yang sensitif, berfikir untuk umat, bukan untuk diri sendiri.

boikot0002

boikot0003boikot0004

Komen (1)

  1. azrullc says:

    boikot israel dri ati,lidah dn perbuatan..=)

Hantar Komen Anda