Kembara Ilmu 14: Ziarah Syria 2 kali

Jabal Qas-yunKetika belajar di Jordan, saya mengambil peluang melawat Syria 2 kali. Kali pertama sebelum kahwin sekitar 1993-94. Melawat tempat-tempat menarik di Damsyik seperti Masjid Umawi-dengan pelbagai maqam di dalamnya, zawiyah Imam Ghazali (sudut Imam Ghazali), mimbar Muawiyah dan lain-lain, memanjat Bukit Qas-yun di tengah Damsyik-tempat yang dikatakan para wali Qutb berkumpul, juga tapak tangan Jibril menahan batu dari menghempap. Semuanya berita yang dipindahkan mulut ke mulut. Benarkah? Wallahu A’lam.

Saya juga sempat mendengar kuliah Fiqh Sirah Dr Muhammad Said Ramadhan al-Buti di Masjid Jenghiz Khan di tengah Damsyik dan khutbah Jumaatnya di masjidnya. Dr Muhammad Said Ramadhan al-Buti bukan bangsa Arab. Beliau berbangsa Kurdi. Bapanya seorang alim. Begitu juga beliau sendiri. Bahasa Arabnya cukup tinggi. Kalau diterjemahkan, ia perlu penelitian cukup rapi.

Walaupun beliau tidak terlibat dengan gerakan Islam secara aktif di Syria, namun beliau yang baik dengan pemerintah Syria yang banyak menindas aktivis gerakan Islam terutama ketika Hafiz al-Asad memerintah ada peranan tersendiri. Ada beberapa tokoh gerakan Islam yang ditahan dapat dilepaskan dengan jasa baik beliau. Beliau juga menghuraikan kitab Hikam Ibn Ataillah.

Ketika di Syria, saya membeli lebih 200 kasetnya yang menghuraikan kitab itu. Lama selepas itu baharulah syarahan dan huraian itu dicetak dalam bentuk kitab. Saya agak tertarik ketika beliau menjawab beberapa soalan dari anak muda dari Algeria yang ketika itu ramai di Syria. Mereka bertanya tentang peranan Ibn Taimiyyah dalam jihad dengan peranan Imam al-Ghazali dalam keilmuannya.

maqam-maqamSaya juga menziarahi maqam-maqam penting sekitar Damsyiq termasuk Imam Nawawi di Nawa, Busra yang dikatakan tempat Nabi datang berniaga dan duduk di bawah sepohon pokok sehingga pendita berkata ‘Tidaklah ada orang yang duduk di bawah pokok ini melainkan ia seorang Nabi”

Kami jelajah Syria hingga ke Qmasyley di utara Syria bertemu orang alim diziarah Syria sana seperti Sheikh Nuri al-Kurdi dan muridnya Mulla Yusof. Kami dberitahu kalau mahu melihat Bukit Judiy tempat berlabuhnya kapal Nabi Nuh di Pergunungan Araret, naiklah tingkat atas masjid di pondok di Qmasyley itu selepas Subuh sebelum matahari terbit dan lihatlah ke utara sana, berbalam-balam di kawasan pergunungan sempadan Syria-Turki (di Diar Bakr?). Rumah-rumah di Qmasyley dibuat dari lumpur. Infra struktur cukup sederhana, seakan-akan kembali ke tahun 60-70an

Pengalaman cukup manis ketika ziarah Syria. Kali kedua selepas kahwin dengan mendapat seorang anak, Nisreen yang kincirlahir di Malaysia dan dibesarkan di Jordan. Ziarah Hama dengan kincir airnya, Masjid Khalid Ibn al-Walid dengan sejarah Khalid yang hebat. Jihad dalam pelbagai perang tapi matinya di katil. Moga niatnya yang benar tetap diterima Allah. Hums yang mencatat sejarah bersama Hama tentang jenayah yang dilakukan terhadap ahli gerakan Islam. Juga lain-lain tempat.

Perjalanan dari Jordan ke Turki melintasi kawasan mukabumi yang menarik, terutama selepas memasuki sempadan Turki, Antakiah-tempat kisah Habib an-Najjar, pemuda beriman yang dibunuh kaumnya seperti dalam surah Yaasin, hinggalah ke Istanbul…Bersambung

Komen (5)

  1. rismail says:

    Ust ,
    Trevelog yg menarik & Pasti ulama muda pun dambakannya…

  2. [...] belajar di Jordan 1992-1999 dimanfaatkan untuk menziarahi Syria. Pengalaman ini saya catatkan dalam Kembara Ilmu 14. Saya pernah mendengar khutbah Jumaat beliau di masjidnya yang sederhana di Damsyik, kuliah fiqh [...]

  3. [...] TV Syria yang boleh dicapai dari Jordan mengikuti kuliah Dr Bouti di TV. Dalam kesempatan ke Syria (Kembara Ilmu 14), saya pernah solat Jumaat di masjid berhampiran rumahnya mendengar khutbah Jumaat dari mulutaya [...]

  4. [...] TV Syria yang boleh dicapai dari Jordan mengikuti kuliah Dr Bouti di TV. Dalam kesempatan ke Syria (Kembara Ilmu 14), saya pernah solat Jumaat di masjid berhampiran rumahnya mendengar khutbah Jumaat dari mulutaya [...]

Hantar Komen Anda