Kembara Ilmu 12: Nak ajar Nahu, tapi orang Singapura tak mahu
Saya belajar Tatabahasa Arab dengan kaedah tersendiri di Pondok Tuan Hj Ali, Kg Siliau, NS. Perkara ini saya jelaskan dalam kembara ilmu 2 sebelum ini. Ia punya kelebihan. Saya menguasai basic Arab dengan dapat membaca teks tanpa baris itu dengan bacaan baris yang betul serta terjemahannya dalam tempoh lebihkurang 150 jam pengajian. Bahan pembelajaran rasanya tidak banyak berbeza dengan nota-nota Arab yang lain-buku atau website. Cuma mana yang dahulu dan mana yang kemudian.
(Contoh nota Arab dari satu website lain: Tatabahasa Arab (1228), verb chart (775), verb conjugation (748) dll)
Tinggal lagi kaedah yang digunakan mempercepatkan penguasaan tatabahasa Arab itu dan pembacaan teks Arab tanpa baris dan terjemahannya.
Itulah yang saya cuba sampaikan kepada pelajar saya sekarang. Sedikit ‘malang’ ialah pelajar-pelajar saya sekarang mereka yang ada keinginan belajar Bahasa Arab tetapi mereka terpaksa komit dengan pekerjaan masing-masing. Justru, apa yang mereka dapat sedikit lambat dari apa yang pernah saya dapat. Ada 2,3 orang pelajar saya terdiri dari engineer sebuah syarikat. Mereka cepat dapat, tapi ‘sayang’ cepat pula naik pangkat dan cepat kena tukar tempat lain.
Ketika di Jordan, beberapa keluarga dari Singapura datang hanya untuk belajar bahasa Arab. Ada di antara mereka yang sanggup berhenti bekerja kerana mahu belajar bahasa Arab. Mereka tiada asas bahasa Arab. Niat mereka mahu belajar di Pusat Bahasa, Universiti Jordan, Amman, Jordan.
Saya kesiankan mereka. Tanpa asas bahasa Arab, agak sukar mereka belajar. Masa yang diambil akan menjadi lama. Kos yuran pula mahal. Nak masuk kena exam dahulu. Masuk level rendah hanya belajar alif, ba, ta. Ramai yang belajar mulai level rendah ialah staf di kedutaan-kedutaan. Rugi bayar mahal. Level pertengahan ok sikit, tapi nak masuk level tengah atau tinggi kena lulus exam. Nak lulus macamana kalau tak ada asas bahasa Arab?
Saya tawarkan diri untuk mengajar Tatabahasa Arab-Nahu Saraf-sebagaimana yang pernah saya dapat dahulu. Mereka juga seperti saya. Background belajar aliran sains tulin, bukan Arab atau agama. Cuma saya katakan biar win-win situation. Sedikit yuran yang saya kenakan boleh juga membantu saya membayar kos hidup yang tinggi di Jordan. Lagipun 2 tahun pertama di Jordan, saya tak dapat mana-mana bantuan kerana pergi sendiri ke Jordan. Tahun 3 dan 4 baharu dapat penajaan.
Orang Singapura agak keberatan mahu terima. Saya tak tahu kenapa. Mereka masih mahu masuk Pusat Bahasa itu juga walaupun mulai dari level paling rendah. Terpulanglah, saya hanya mahu membantu, tetapi mereka tidak mahu, sedangkan asas Nahu itulah yang perlu. Akhirnya, mereka habis duit yang banyak, tetapi bahasa Arab hanya baharu dapat beberapa patah perkataan yang tak perlu datang ke Jordan pun untuk mempelajarinya.
Pendekatan berbeza untuk komunikasi bahasa Arab, pemahaman teks dan lain-lain. Tetapi saya masih ingat kata-kata arwah guru saya Tuan Hj Ali; ‘Nahu itu bapanya, Sorof itu ibunya. Ada bapa ada ibu baru dapat anak.’ Saya nak tambah: ‘Nahu dan Sorof ibarat tools untuk membuat binaan. Ada perkakas cukup terpulang bangunannya bagaimana nak dibina, tapi kalau perkakas tak cukup, hanya boleh bina khemah, cepat siap tapi tak kukuh.’
Saya juga sempat bersama beberapa orang sahabat pensyarah dari UIA yang menyambung PhD pengajian bahasa Arab di Jordan. Saya ada bertukar-tukar pandangan dengan mereka tentang pengajaran bahasa Arab kepada bukan Arab. Pandangan yang pelbagai, barangkali menurut pengalaman dan kajian masing-masing, tetapi saya bukan hanya mengkaji, malah melaluinya. Alhamdulillah nikmat ini ingin saya kongsikan. Siapa yang mahu?
salam.. memang teringin jugak nak belajar… macam mana nk join ustaz? hehe
saya ngajar bhs arab selasa mlm rabu lps isyak di msjd mizan kerteh. jauh pulak kan?
owh..teringinnya nak belajar ^^.
kalau buat kelas pengajian secara online macam mana ustaz ^^
niat baik, tp takut tak sampai maksud.
salam,
sy ada download ebook bljr bhs arab. apa pendapat ustaz ?
sy nk tahu teknik ustaz beljr bhs arab sebagaimana ustaz, sy bukanlah datang dr sekolah arab..
cuba lihat artikel kembara ilmu 2 dan selepasnya tentang pembelajaran bhs arab yg saya lalui
sy nak ust. cmane
Assalamualaikum Ustaz Nik Muhammad nasir,
Alhamdulillah saya azman dari Klang, amat bersyukur dapat menemui website ustaz.
Sebenarnya saya sedang tercari-2 seseorang dari kalangan ustaz yg dapat berkongsi cara-2/kaedah belajar bahasa arab yg mana insya allah sehingga mampu membaca kitab-2 Arab / bahan teks arab. Saya berharap perkongsian kaedah yg pernah dilalui ustaz dapat menjadi ezim memperbetulkan pembelajaran bahasa arab yg sedang saya jalani. Apa-2 komen ustaz lebihdulu saya ucapkan jazakallah khairan kathira
Nasri bukan Nasir. boleh kongsi pengalaman, cuma bagaimana caranya?
askum…ustaz..
sy ingin belajar bahasa arab,nahu dan saraf dengan lebih lanjut lagi..di mana kah saya boleh mencari nya dalam internet? ustaz ada tak laman web nya yang mengajar kita dengan lebih lanjut lagi berkaitan dengan nahu dan saraf selain merujuk pada buku dan juga dalam you tube?
Saya ingat banyak laman web tu. cuba taip bahasa arab atau nahu dll. Tapi x memadai dlm internet.
sy nak blajar bahasa arab dengan ustaz,tp macm mana?
saya cuba hendak belajar bahasa arab online tapi dok tahu,asas ada sikit melalui perbacaan,macam mana nok belajar ni dalam internet.
assalamualaikum.. saya teringin sangat nk belajar nahu yg lebih mendalam tapi saya x tahu kat mana tempat pengajian yg mngajr ilmu nahu dan sorof di sg petani ,kedah..
maaf. Sg Petani xde contact tapi boleh cari dan bertanya kepada mereka yg lebih mengetahui di sana. Tok Guru dan para ustaz pun ramai. InsyaAllah kalau saya tahu saya maklumkan.
assalamualaikum!bagaimana kaedah/teknik pengajaran yg berkesan bagi nahu bahasa arab?syukran!
assalamualaikum ustaz,
saya sdg mencari bhaan asignmen kaedah mengajar nahu..buntulah ustaz,hrp ustaz dpt membantu saya..jika ada apa2 bhn berkaitan tajuk tlg email kepada saya.syukran
waalaikumussalam, teknik banyak sebenarnya, terpulang kepada kreativiti masing-masing dan pengalaman.
waalaikumussalam, nanti saya semak balik.
ustaz,jika ada bhn berkenaan ulum al quran mengenai mahkam dan mutasyabih juga harap dpt bantu saya..syukran
Assalamualaikum ustaz,
Adakah cukup mempelajari ilmu saraf dengan teori di dalam buku saraf sahaja. Apakah cara terbaik untuk benar-benar memahami ilmu saraf ini.
Tak memadai. tak dapat tidak dgn hafalan juga pada tempat-tempatnya yg tertentu
nahu kna diprektis setiap harii…hari2 kna baca kitab arab…cuba e’rob ..walaupon satu hari satu baris…moga mendapat petunjuk Ilahi
Assalamualaikum ustaz,,saya nak bertanya ada x kaedah paling senang utk kita mendalami ilmu nahu & soraf.(saya langsung xda pengalaman n cetek ilmu)
sekarang nie,saya nak sangat belajar asas kepada bahasa arab.kebetulan pulak saya guru KAFA dan nak mengajar bahasa arab d sekolah tu,amat susah bagi saya.boleh x ustz jelaskan
Salam Ustaz Nik..
Sy pernah dtg dalam satu kumpulan ~ 5 org ke pondok pak ali. belajar bhs arab 2~3 minggu. Saya belajar dgn anak murid Pak Ali.. Rasenya anak murid adalah ustaz. (Ustaz Nik NAsri). Nota bahasa itu masih sy simpan dgn kemas. cara nakmengingat tasrif guna tapak tangan.
ya ke? tak ingat dah tu
Assalamualaikum Ustaz,
Boleh saya dapatkan emel Ustaz untuk berhubung secara peribadi?
niknasrimalek@gmail.com
saya amik degree engineering tapi memang saya niat nak beljar di jordan tapi saya x de basic bahasa arab ataupun kekuatan kewangan yang kuat.. apa jalan yg mudah
Maaf, saya tinggalkan Jordan sudah begitu lama. cuba dapatkan maklumat terbaharu dari pihak lain.