Khusyuk Solat: Kemanisan Ibadah Yang Hilang

solatSudah berapa lama anda solat? Kalau semenjak umur 6 tahun dan sekarang sudah berumur 46 tahun, bererti sudah 40 tahun anda solat. Ada peningkatan? Ada perbezaan? Satu nikmat yang kita hilang dari solat kita ialah khusyuk. Nikmat, kemanisan, sejuk mata hati, penenang jiwa. Nabi SAW mendapat nikmat ini. Demikian juga para Sahabat dan mereka yang beruntung. Tetapi adakah khusyuk itu mudah di dapati? Saya ingat ketika belajar di Jordan dahulu, seorang pelajar Arab bertanya kepada seorang pensyarah, Prof Dr Fadl Hasan Abas, pakar tafsir al-Quran, buta mata, cerah hati cara bagaimana untuk mendapat khusyuk dalam solat.

kuliah audio khusyuk solat: 1 dan 2

(kemaskini 22 Nov 2011: audio panduan khusyuk solat dalam kuliah kitab tuntunan ibadat ke 6 dan 7)

Beliau sebut: ‘Nak dapat khusyuk dalam solat bukan seperti makan pil untuk hilangkan sakit kepala. Ia perlu latihan cukup lama. Ia seperti kipas yang perpusing. Switch off di tepi tapi kipas masih berpusing hingga akhirnya berhenti. Solat juga demikian. Takbiratul-Ihram ‘AllahuAkbar’ itu sebagai switch off, tapi dalam kepala macam-macam yang belum selesai.’

Kalau rehat mesyuarat, agenda mesyuarat dibawa dalam solat. Kalau dirumah, memasak nasi, jemur kain, tukar lampin semuanya dibawa dalam solat. Justru, ada ulama mencadangkan supaya ada ‘masa bertenang’ sebelum solat supaya semua kesibukan sebelum solat tidak dibawa dalam solat.

buku biomekanik solatSaya tertarik kepada beberapa tips yang dikemukakan oleh Dr Yusof Abbas dalam bukunya Bio-Mekanik Solat untuk mendapat khusyuk dalam solat. Pembaca boleh dapatkan bukunya itu daripada pengarangnya sendiri. Juga boleh baca bahan-bahan yang lain.

Komen (2)

  1. [...] datang ke Universiti Yarmouk. Saya masih ingat dua perkara yang dikupas oleh beliau: tentang khusyuk solat dan tentang kekuatan tentera [...]

  2. [...] di langit itu penuh dengan kehebatan. Masalahnya kerana kita tak solatpun! atau solat tapi tak khusyuk dan menghayatinya. Di saat kita bincang poco-poco, perkara haram yang ada nas qat’i dilalah [...]

Hantar Komen Anda