Gerunilah Mahkamah Allah, Rabbul Jalil di Mahsyar nanti

mahkamahDunia sedang melihat dan memerhati

Sebuah satira, drama, sandiwara dan konspirasi

Agar seorang yang ditakuti dan dibimbangi

Tidak akan sampai ke tampuk kuasa satu hari nanti

Kerana kuasa itu untuk kita secara eksklusif dan parti

Yang membusuk hingga usus ini tidak akan mati

Lalu direka cerita mengarut, meluat, meloyakan dan geli

Dibuang jauh hukum syarak, logik, pahala dosa dan maruah diri

Kerana nafsu gila itu menggila dan mabuk tanpa sedar diri

***

Lupakah kamu kepada Mahkamah Allah?

Sedarkah kamu tindakan kamu itu diperhati Allah?

Hilangkah kewarasan akal dan budi kerana nafsu serakah?

Terpinggirkah akhlak murni dek GILA KUASA yang membarah?

Insafkah kamu bahawa kita ini khalifah?

Yang membawa jawatan hanya kerana amanah?

****

Padang Mahsyar tetap tiba

Mahkamah Allah tetap ada

Mulut dikunci tidak berkata

blog, portal, website nifaq berfungsi tiada

Tangan, kaki dan yang lain jadi saksi semua

Muka akan tunduk merasa hina

Mereka yang zalim tetap dikira

Hati mereka tetap akan hiba

Kerana pemfitnah dan yang bersekongkol tetap diazab akhirnya

Komen (4)

  1. aku says:

    Tahniah,

    berbicaraan masih belum tamat… tapi ustaz telah mengjadi hakimnya…

    ustaz berbicara seolah-olah ustaz serba tahu mengenai kejadian ini…

    benarkah anwar benar-benar tidak bersalah??

    kenapa kita tidak boleh bersikap adil… kepada Anwar dan Saiful..

    Bagaimana andai telahan ustaz silap??

    Kenapa kita dapat bersikapa adil kepada lawan??
    benarkah ‘orang-orang kita’ terlalu suci…. tak pernah buat kesalahan???

  2. Ustaz Nik Nasri says:

    Mana prinsip perbicaraan menurut keadilan Islam?
    Prinsip islam ‘tolak hudud dengan sebab syubhah’. kes ini penuh dengan kesamaran, kekeliruan, syak wasangka. Prinsip islam ’seorang itu tidak dianggap bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya’. Anwar telah dihukum oleh akhbar arus perdana seakan-akan beliau telah bersalah. Saya hanya mengimbangi berita dan persepsi. Bacalah pelbagai artikel di pelbagai blog, website dan portal. Dan saya hanya mahu mengingatkan tentang sebuah konspirasi lampau dan mahkamah Allah yang Maha Adil di Mahsyar nanti. Allah tetap membalas Anwar jika beliau sungguh melakukan dosa itu, dan Allah juga akan membalas orang yang memfitnah jauh lebih dahsyat dari itu.

  3. Muhammad Abdullah says:

    Saya setuju dengan Ustaz Nik Nasri.

  4. Nik Yahaya says:

    Saya juga setuju dengan Ustaz Nik Nasri.
    Pada saya, ianya tak lebih dari satu lakonan drama jahat untuk menjatuhkan career seseorang.

Hantar Komen Anda