Hjh Kalthom, mantan Ketua Dewan Muslimat meninggal: Takziah buat keluarga Asilah
Hajjah Kalthom Othman, 61,kembali ke Rahmatullah kira-kira jam 1.30 pagi di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian setelah diserang ‘massive stroke’. Beliau diserang angin ahmar di rumahnya pada jam 2.30 petang hari sebelumnya sebelum dihantar ke Hospital Tengku Anis, yang kemudiannya dirujuk ke HUSM.
Allahyarhamah adalah antara aktivis PAS yang paling bergiat cergas dan sentiasa istiqamah dengan perjuangan dan pernah menjadi Ketua Muslimat PAS negeri, Tumpat dan Pasir Puteh, sehingga kini masih bertugas sebagai Ketua Halaqat Dun Selinsing. Jenazah bekas Ahli Dewan Negara dari tahun 1991 hingga 1997 itu disemadikan selepas Zohor dan solat jenazah di Masjid Ibrahimi, Pasir Puteh.
Anaknya Asilah pernah belajar di Jordan sebelum menyambung pengajian ke Mesir. Isteri saya pernah mengenali Asilah ketika di Jordan dan pernah datang ke rumahnya di Kelantan sekitar tahun 1995. Isteri saya beritahu Hajjah Kalthom seorang yang baik dan peramah. Takziah buat Asilah dan keluarga ‘Azzamallahu ajrakum‘. Moga Allah menempatkannya bersama para Nabi, Syuhada, Siddiqin dan Solehin.


pernah berjumpa diprogram2 muslimat di johor.sungguh baik budi dan peramah.cinta kepada pas dan islam terserlah di wajahnya.semoga rohnya dicucuri rahmat allah.