Jangan sekongkol tuduh liwat kepada Anwar

anwar tak liwatAnwar ke mahkamah lagi. Fitnah lampau seakan tidak dipedulikan oleh mereka yang kotor hatinya, busuk ususnya, buruk perangainya. Liwat adalah satu jenayah keji. Tetapi menuduh liwat tanpa bukti kukuh menurut prinsip Islam, ditambah dengan fitnah yang sengaja diadakan bagi menidakkan kelangsungan karier politik dan menghancurkan keluarga adalah sesuatu yang dahsyat.

Mungkin ramai yang sudah lupa cerita lampau apabila ditangkap ala gestapo, mata lebam, dibogel, dibiar dalam sel, didera mental. Ketika itu Zulkifli Nordin adalah antara penceramah ke sana ke mari menceritakan kisah Anwar. Beliau pernah datang ke Kemaman ketika itu berceramah kisah Anwar. Sebak rasa dada mendengar penceritaannya. Kali ini Zulkifli Nordin sibuk dengan urusan lain pula. Biarkan. (??)

Ada beberapa orang yang sudah pergi tak kembali, yang menjadi sebahagian dari pelakon-pelakon sebuah drama keji. Pelakon utama masih hidup, dengan nyawa yang agak liat, tapi Anwar dengan jiwa besar sudah mengampunkannya. Bukan mudah untuk memaafkan orang yang menzalimi.

Barangkali mereka yang melakonkan drama baru versi 1Malaysia dengan plot lama terfikir, tak apalah, kalau-kalau nanti Anwar terpenjara beberapa tahun, lepas itu keluar dan kemudian memaafkan pula pelakon-pelakon baru tadi.

Begitu mudah mahu keampunan dari orang lain tetapi begitu mudah juga memfitnah orang lain? Lupakanlah habuan pangkat, wang ringgit yang dijanjikan. Ia tak sampai ke mana pun.

Hakim ‘tak relevan’, ‘tak relevan’ pun dah meninggal. Kalau ada sedikit habuan yang diterima, ia tetap ditinggalkan di dunia ini untuk orang lain. Diri sendiri jawablah dalam kubur dengan Mungkar Nakir tu. Kalau rasa diri tu mampu berhujah dengan Mungkar Nakir nanti, jalankanlah drama itu menurut skripnya. Tapi kalau rasa tak berbaloi dengan bahan memfitnah orang, janganlah bersekongkol menuduh liwat kepada orang yang tidak melakukannya.

Komen (2)

  1. Md Sabri Bin Ibrahim says:

    ASSALAMU ALAIKUM KEPADA USTAZ.

    YANG DIHORMATI USTAZ, SAYA TELAH BACA PELBAGAI TULISAN DARI PELBAGAI PIHAK MENGENAI DAKWAAN ISU LIWAT INI.

    SAYA SEMAKIN KELIRU. SIAPAKAH ANTARA DUA PIHAK INI YANG BENAR-BENAR BERCAKAP JUJUR DAN TIDAK BERBOHONG ?

    SAYA MENEKA MUNGKIN USTAZ SUDAH BACA SEGALA TULISAN DI BLOG MOHD SAIFUL BUKHARI DAN LAIN-LAIN SUMBER.

    BOLEH DIKATAKAN SEMUA MENDAKWA MEREKA BENAR. SEDANGKAN KAEDAHNYA, SUDAH TENTU ANTARA DUA INI ADA YANG BENAR DAN ADA YANG BOHONG.

    SAYA MOHON KETERANGAN DARI USTAZ, SEMOGA MENJADI PEMECAH KEKELIRUAN KEPADA SAYA, IAITU BERIKAN KEPADA SAYA KETERANGAN, ATAS SEBAB APAKAH ADA INDIVIDU TERTENTU PERCAYA DSAI TIDAK MEMBUAT “PERKARA” ITU DAN ADA INDIVIDU TERTENTU PERCAYA MOHD SAIFUL TELAH DILAKUKAN “PERKARA” ITU KEPADA DIRINYA ?

    ADAKAH DSAI BENAR ATAU MOHD SAIFUL BENAR ?

    BERIKAN KETERANGAN USTAZ KEPADA E MEL SAYA.

    YANG BENAR
    MD SABRI BIN IBRAHIM

  2. aku says:

    salam ustaz.. saya seperti juga saudara di atas… juga keliru.. harap ustaz dapat menjawab…
    - benarkah ustaz pasti anwar tidak bersalah?
    - benarkah ustaz pasti saiful bersalah?

    kenapa bila sesuatu mengenai mereka2 yang kita sokong… terus kita katakan merekalah yang benar.. walaupun kesnya belum ditentukan hakim…

    tidak adakah kemungkinan pihak kita juga melakukan kesalahan??

    kadang-kadang saya melihat kita sangat berat sebelah… walaupun PR dilihat benar… tapi belum tentu benar..

    ustaz menghakimi perbicaraan seolah-olah ustaz mengetahui semua kejadian itu…

    BERSIKAP ADIL-LAH… kepada saiful dan anwar..

    tunjukkan keadilan sepertimana khalifah saidina Ali yang di curi baju perangnya oleh pencuri Yahudi..

Hantar Komen Anda