Forum Multaqa Ulama Nusantara: Catatan Ringkas

forum multaqa ulamaSempena Kembara Melestarikan Itqan al-Muluk Bi-Ta’dil as-Suluk (KALIMAT) yang diadakan di Dewan Konvensyen, Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Kuala Terengganu pada petang Selasa (12 Nov 2019), forum di atas diadakan. Saya mencatat ringkas ucapan 3 panel forum: DSTG Hj Abdul Hadi Awang, Presiden PAS, Dr Hambali bin Jaili, Penolong Prof. UNISSA (Univ. Islam Sultan Sharif Ali, Brunei) dan Ustaz Maa’mun bin Hj Daud, Timbalan YDP Majlis Agama Islam Wilayah Patani, Bahagian Pelajaran).

Tok Guru: Islam memimpin dan memerintah. Islam yang datang ke Nusantara ialah Islam yang berdaulat dan memerintah. Dari Aceh hingga ke Manila.
Bukan sahaja Itqan Al-Muluk di Terengganu, tetapi juga dokumen lain yang menunjukkan Islam menerintah. Ia dileburkan oleh penjajah, hilang, berubah menjadi sekular, hilang ketuanan.
Kita merdeka, kita terima syarat seperti ‘jus-soli’, beri kerakyatan kepada warga asing. Ulama menentang termasuk pemimpin. Akhirnya jus-soli diterima. Bila merdeka, nisbah umat Islam ramai, 80 %< menurun selepas itu hingga menjadi nisbah 56%.
Kita terima Suruhanjaya Lord Reid. Semua anggotanya dari luar, tiada dari kalangan orang Islam.
Islam diletak dalam perlembagaan, tetapi pentafsirannya mungkin berbeza. Malaysia ditubuhkan. Peratus umat Islam makin kurang. Singapura, Sabah, Sarawak masuk Malaysia. Singapura dikeluarkan. PAP ditubuhkan di Singapura. Dominasi. Cina. Di Malaysia, ditubuh DAP. Pilihanraya ke 14 sangat mencabar. Pecahan kawasan tak seimbang di pantai timur dan barat. 90 % Cina sokong PH. Pemuda yang kurang faham selok-belok politik sokong PH.
Kenyataan mencabar Islam sangat banyak. 140 kerusi ahli Parlimen Islam. Kalau semua kerusi Islam berani buat perubahan dan bersatu, tentu boleh kuasai.

Dr Hambali, Brunei- Brunei lalui 3 pemerintahan, abad ke 3, kemudian abad ke 15 bawah Sepanyol,  abad ke 19 iaitu 1906 di bawah British. Brunei dianggap anak kepada Malaysia dari segi kemerdekaan.
29 Sept 1959- perlembagaan rasmi. 1959-perlembagaan diguna yang berkait dengan dalaman negeri. Yang berkait dengan hal ehwal luar diguna sebagaimana British. Ayahanda Sultan Hasanal fikir tak perlu bersama Malaysia untuk merdeka.
Dalam Perlembagaan ada 87 bab. Bab ke 3-Islam hendaklah menjadi agama rasmi Brunei. Di Brunei kini, ada 1 gereja, 1 kuil Cina. Ada permintaan untuk ditambah, tetapi ditolak oleh kerajaan. Ketua agama Islam adalah Sultan.
Bab 4-lantikan jawatan PM, Menteri, Timb Menteri hanya boleh dilantik dari kalangan Melayu dan beragama Islam kecuali jika Sultan perkenankan . Sejak merdeka, ada seorang sahaja Menteri Cina. (Menteri Hal Ehwal luar negeri). Sekarang tiada. Pengharaman arak sejak
1 Jan 1991. Di Brunei, rokok tak dijual.
2 Nov 2012-kedai, premis, bangunan ditutup ketika solat Jumaat, 12 tengahari-2 ptg.
Pada tahun 2007-Islamic compliance termasuk di sekolah dan lain-lain, kena pakai tudung, termasuk dalam TV.

Ustaz Maamun Hj Daud- islam masuk Patani tak kurang dari 300 tahun. Ada 3 buah masjid di Patani: Masjid Wali Husain, Masjid Sekai, Masjid Kerasak Nak Tanjung.
Pemimpin Patani, Hj Sulong Tok Kadir sebar Islam di Patani, di pondok-pondok.  Urusan agama tiada ketua. Hj Sulong cari tuan-tuan guru masukkan dalam Majlis Agama Islam Wilayah Patani.
1940- Majlis Agama Islam Wilayah Patani ditubuh.
1945- kerajaan Thai suruh letak cara rasmi untuk 4 wilayah- Patani,Yala, Nara. Setul
1997- kerajaan Thai beri kuasa kepada Majlis Ugama untuk urusan nikah kahwin, pesaka.
Ada 714 masjid dalam wilayah Patani. Dana, elaun dicari sendiri.setiap masjid ada tadika, jaga tulisan jawi.

Pusingan ke 2:
Tok Guru- Walaupun umat Islam diserang, Islam tak hilang. Musuh Islam tak duduk diam. Gerakan Kristianisasi, pembaratan. Justeru, kena ada Mujaddid.
Liberalisme- bebaskan diri dari nas agama. Dalam Kristian, liberalisasi berlaku, contoh babi dihalalkan. Cuba dibawa ke dalam agama Islam, dilonggarkan syariat. Dalam Islam ada hukum qatie. Guna hujah dari kaedah syarak,  Maqasid syariah, maslahah dengan cara salah. Bebaskan dari nas. Sandarkan sosialis kepada Islam contohnya. Pluralisme nak samakan Islam dengan agama lain. Cari titik-titik persamaan dengan Islam. Islam suruh taatkan ibubapa, Hindu juga begitu tetapi sebenarnya dari segi aqidah tak sama.
Ulama-ulama kena tahu kerana isme-isme begini tiada dalam kitab kuning.

Dr Hambali- di Brunei, disebut kanun jenayah syariah, tidak hudud. Zaman Sultan Hasan ke 9, abad ke 16 hukum hudud sudah diguna.
W. H. Trichter, 1871- Brunei sudah guna undang-undang Quran. Beliau mengadu barangnya dicuri. 3 orang dipotong tangan. Satu lagi disebut undang-undang resam- ada kes di antara pembesar.
1984-Brunei merdeka.
1985- Sultan nak martabatkan undang-undang Islam. Dr Mahmud Saedon bantu gubal undang-,undang Islam di Brunei.
2011- Sultan secara jelas titah supaya syariah diletak mengatasi undang-undang siviil.
22 Okt 2013- Undang-Undang Jenayah. Ada 3 fasal.
Ada pihak yang nak boikot dari luar. Selepas peristiwa itu ditemui 6 telaga minyak yang baru.

Ust Maamun- sistem pondok jadi benteng Islam. Ada 240 buah pondok di Patani. Sekolah ugama ada 92 buah, tak campur akademik.
Mesti dijaga ‘ketua’ supaya manhaj di pondok tidak silap.
Daulah Abbasiyyah masa Harun arRashid, ikut manhaj Hanafiah. Kemudian berpindah kepada manhaj Shafie. Keinginan itu datang dari pucuk pimpinan.
Imam Shafie terlepas dari tuduhan. Harun arRashid lama-lama setuju dengan manhaj Shafie.

Rumusan:
Tok Guru- yang penting dalam hadapi cabaran ialah ulama bukan sahaja faham nas yang ditulis tetapi faham waqi’. Ulama khilaf dalam perkara furu’. Contoh Imam Haramain dan Mawardi khilaf dalam melantik org bukan Islam-isu  tanfiz, tafwid serta persekitaran berbeza antara Imam al-Haramain (tinggal di Hijaz) dan Al-Mawardi (tinggal di Baghdad).
Ulama-ulama perlu faham situasi dan keadaan semasa.

Hantar Komen Anda