Ziarah Pesakit Di Hospital Memang Sentiasa Menginsafkan

ziarah Hospital Kemaman

Nabi SAW bersabda:

” Tidak ada seorang lelaki yang menziarahi pesakit pada waktu petang melainkan keluar bersamanya 70 ribu malaikat yang meminta ampun untuknya sehingga pagi esok dan baginya kebun di dalam syurga. Dan sesiapa yang menziarahinya pada waktu pagi, keluar bersamanya 70 ribu malaikat yang meminta ampun untuknya sehingga petang, dan baginya kebun di dalam syurga.’

Saya mengikut sama menyantuni para pesakit dan kakitangan Hospital Kemaman dalam lawatan mahabbah peringkat parlimen Kemaman pada hari Sabtu 1 Jun 2019.

Seramai 171 orang pesakit menerima kuih dan duit raya, manakala 110 kakitangan hospital dan 20 orang pengawal keselamatan menerima kuih raya daripada Parlimen Kemaman.

YB Ustaz Che Alias Hamid (Ahli Parlimen Kemaman) mengetuai lawatan dan turut serta ialah saya, YB Hj Hanafiah (exco kerajaan Terengganu), YB. Cikgu Razak Ibrahim (ADUN Air Putih), YB. Ir. Saiful Azmi Suhaili (ADUN Kemasik), Ust. Hj. Hazri Jusoh (Pegawai Penyelaras DUN Kijal), Ust. Ramlan Mahmood (Pengarah Akademi Duat Terengganu), Dr Mat Noh Karim (Pegawai Perubatan Kanan, Hospital Kemaman), Hj. Johan Ismail (Ahli Majlis Perbandaran Kemaman), Md Hafiz Adam (Penyelaras I-MITs Parlimen Kemaman), Ustazah Fainah (Penolong Penyelia I-MITs DUN Chukai) serta para isteri wakil rakyat.

Hantar Komen Anda