Fahami Islam Untuk Mudah Bantu Menteri Besar

pejabat MB TerengganuPagi Rabu (27 Feb 2019) diskusi/usrah bulanan kali ke 2 diadakan di Pejabat YAB MB Terengganu. Walaupun MB tidak bersama kerana ada urusan penting di tempat lain, program tetap berjalan dengan baik.

Saya mengambil teks berkait pemerintahan Abu Bakar ra sebagai bahan perbincangan. Saya mengingatkan kepada staf di Pejabat MB bahawa kekadang mungkin kerana telah biasa turun naik tingkat 16 Wisma Darul Iman, lalu terlupa bahawa bukan sahaja tingkat ini paling tinggi di bangunan ini, tetapi juga staf yang berada di sini sebenarnya berada bersama dengan orang paling tinggi dalam kerajaan negeri Terengganu.

Justeru, bagi melicinkan pentadbiran negeri agar selaras dengan kehendak MB dan parti yang menang dalam PRU14 yang lepas, yang mahu meletakkan Islam di tempat paling tinggi, maka staf di Pejabat MB mesti memahami Islam sebenar.

Di antara petunjuk itu ialah apa yang dapat diambil dari pemerintahan Saidina Abu Bakar As-Sidiq ra dalam pelbagai sudut.

Hantar Komen Anda