Usai Pengajian Ad-Durruthamin fi Aqaid Al-Mukminin (6 Sept 2014-17 Nov 2018)

??????????????????????????????????????????????????????????????(Kuliah MP3 penuh di sini

Saya sempat mempelajari kitab AdDurruthamin fi Aqaid al-Mukminin (Mutiara Berharga Mengenai Aqidah Mukmin), karya Sheikh Daud bin Abdullah al-Fattani dari beberapa orang ustaz dan tok guru sekitar tahun 1980an, terutama selepas SPM dan menunggu keputusannya.

Kitab ini dihasilkan pada tahun 1232H/1816M. Secara ringkasnya, kandungan kitab ini boleh dibahagikan kepada lima perkara pokok, iaitu: sifat wajib bagi Allah, dua puluh sifat yang mustahil bagi Allah, sifat harus bagi Allah, kewajipan percaya kepada Rasul Allah, dan mengenai ajal dan perkara-perkara yang bersangkutan dengannya.

Kitab ini bersumberkan tokoh-tokoh Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ a h seperti Syeikh al-Suhaymi dalam syarah al-Hudhudi, Syeikh Najmal-Din al-Nasafi, Syeikh Laqani, Abu Ishaq al-Isfiani serta maklumat-maklumat daripada tokoh-tokoh yang lain.

Kitab ini telah ditahkik oleh Dr Abdul Wahab bin Mohd Saleh dengan namanya Mutiara Berharga Pada Menyatakan Aqidah Orang Yang Beriman. Kitab ini dterbitkan oleh JAKIM pada tahun 2013. Ada beberapa tempat di dalam kitab ini yang perlu kepada pembetulan. Saya menyebutkannya ketika mengajar. Saya mula mengajar kitab ini pada hari Sabtu 6 Sept 2014 dan selesai pada Sabtu 17 Nov 2018. Alhamdulillah.

Hantar Komen Anda