Lama Tak Update Portal Ini, Namun Program Terus Berjalan Di Sana-Sini

Ustaz Nik Muhammad NasriSaya bangunkan portal ini, antara tujuan asalnya ialah untuk muatnaik pelbagai kuliah yang saya sampaikan di merata tempat, agar dapat dikongsi bersama oleh mereka yang mahu mendengar sekalipun tiada di tempat kuliah tersebut disampaikan. Selain itu, tujuannya ialah untuk muatnaik khutbah Jumaat saban minggu yang disampaikan oleh Tok Guru Presiden PAS. Bakinya ialah tentang aktiviti atau artikel yang saya tulis sendiri.

Dengan adanya fb saya: Nik Nasri Nik Malek, yang lama tidak berfungsi, kemudian diaktifkan balik dan di’merge’kan dengan fb: Ustaz Nik Muhammad Nasri, serta adanya Instagram maka aktiviti saya diupdate di media tersebut. Kuliah maghrib saya secara langsung boleh diikuti di fb tersebut, sementara kuliah-kuliah tafsir, hadis, tauhid, fiqh, tasauf, sirah dan lain-lain dalam bentuk MP3 boleh diikuti melalui portal ini di bahagian kuliah MP3.

Ramai yang bertanya saya tentang beberapa kuliah yang saya terpaksa delete dengan sebab storage yang disangka tidak muat menampungnya. InsyaAlah jika ada kesempatan, saya akan muatnaik kembali. Begitu juga ada beberapa permintaan terhadap nota bahasa Arab dan lain-lain, tidak sempat saya tunaikan. Program, aktiviti bertambah dan agak padat, masa agak singkat, tulang hanya ada 4 kerat.

Hantar Komen Anda