Siri Kuliah Sheikh Dr Nuh Ali Salman Al-Qudha (mantan Mufti Jordan)

Sheikh Nuh Syarah Jauharah TauhidSeseorang dari Jordan menghubungi saya melalui whatsapp, memperkenalkan dirinya sebagai Aamir.

Saya tahu kemudiannya dari Dr Adam, anak Sheikh Nuh bahawa Sheikh Aamir ini adalah seorang yang sangat mengambil berat dengan pengajian bersama almarhum Sheikh Nuh dengan mengumpulkan gambar-gambar peribadi Sheikh Nuh, membangunkan facebook dan siri kuliah Sheikh Nuh dalam bentuk audio.

Beliau memberikan saya link di bawah, syarahan Jauharah Tauhid. Kepada sesiapa yang berminat di kalangan penuntut ilmu mendengar, memahami, mempelajarinya, silakan klik link di bawah:

https://www.youtube.com/playlist?list=PLY51k5Xk5pJZNTCnsKwEurVXsa23vFWke

.

Beliau juga mengirimkan kepada saya beberapa keping CD mengumpulkan pelbagai kuliah ilmu Sheikh Nuh:

-soaljawab agama

-pengajian kitab UmdatusSalik

-Syarah Mukhtasar Mufid Terhadap Jauharah Tauhid

-Syarah Mukhtasar Minhaj al-Qasidin dan ceramah-ceamah umum.

Sesiapa yang berminat memiliki siri kuliah ini dalam bentuk pendrive, boleh hubungi saya melalui email niknasrimalek@gmail.com

Komen (1)

  1. Ridzuan says:

    Assalamualaikum us….berminat juga nak dapatkan siri kuliah ni

Hantar Komen Anda