Lebih Dari 10k Orang Hadiri Sambutan Eid al-Fitr PAS Kemaman

raya8PAS Kemaman selesai mengadakan Sambutan Eid al-Fitr pada hari Khamis 21 Jun 2018 di tapak parkir kereta, sebelah Pejabat Daerah Kemaman, yang juga merupakan tapak Bazar Ramadhan atau ekspo. Jangkaan awal tetamu sekitar 10 ribu orang. Juadah nasi minyak, gulai daging, acar, nasi himpit, sate, ayam pusing, lemang, kuih-muih dijangka mencukup untuk tetamu. Program yang dijangka dimulakan seawal jam 11 pagi, rupanya sudah dipenuhi tetamu mulai jam 10.20 pagi lagi. Rakyat pelbagai lapisan, dari pegawai kerajaan, swasta sehingga rakyat biasa berpusu-pusu datang tanpa henti, menyebabkan juadah habis lebih awal sekitar jam 2 petang. Itupun masih ada yang datang selepas itu.

Saya biasa memberikan duit raya bagi pihak PAS Kemaman pada tahun-tahun yang lepas, tetapi kali ini ‘aliran keluarnya’ sangat laju dan pantas. Ramai kanak-kanak 12 tahun ke bawah menerima sedikit sumbangan duit raya dan habis stok yang disediakan sekitar jam 1 tengahari.

Saya mengucapkan jutaan terimakasih kepada semua pihak yang menjayakan program ini dan diharap ia dapat dijadikan jambatan antara PAS Kemaman dan semua agensi kerajaan dan swasta, sementelah PAS sekarang menjadi kerajaan di Terengganu.

Hantar Komen Anda