Pelbagai Aktiviti Sepanjang Ramadhan 1439H

raya10Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang memberikan kesempatan untuk terus berada di bulan Ramadhan. Selain aktiviti ibadat harian- puasa, Quran, Terawih, Witir, sedekah dan lain-lain, diizinkan untuk membuat beberapa aktiviti lain. Antaranya:

-Tamrin Qiadi peringkat PAS Terengganu di awal Ramadhan.

-Tazkirah sempena Nuzul Quran serta majlis khatam Quran di Tahfiz al-Muqarrabin, Kerteh.

-Tazkirah sempena program Ihya Ramadhan oleh Dewan Muslimat PAS Kemaman di Masjid Kg Pasir Minal

-Pembahagian bubur lambuk oleh PAS Gong Limau

-Iftar di Sekolah Rendah Islam Darultaqwa serta sedikit sumbangan kepada anak yatim

-Tamrin Qiadi PAS Kemaman di Surau Sekolah Rendah Islam Darultaqwa, Kemaman

-Pembahagian sumbangan kepada guru DAR, pondok, PASTI, Taman Islam

-Pembahagian kepada fakir miskin Cawangan Gong Limau, Jabur Kubur, Lot 144

-Menyertai program iftar untuk pemuda murabitin, anak yatim, ibu tunggal anjuran Dewan Pemuda PAS Kemaman

-Tazkirah kepada guru-guru PASTI Kemaman sempena Ihya Ramadhan di Surau Kg Jaya, Kemaman

-Sumbangan Iftar untuk pelarian di Syria

-Sumbangan Iftar fakir miskin di Gaza

Semoga sedikit amalan dan aktiviti ini menjadi amal soleh dan motivasi buat orang lain untuk berlumba-lumba membuat kebajikan, bukan sahaja di bulan Ramadhan, bahkan sepanjang masa.

Hantar Komen Anda