PAS Menang Di Kemaman Hadiah Buat Tuan Guru

menang kemamanTUAN Guru Presiden PAS masih bersedia datang ke Kemaman pada hari terakhir kempen, Selasa 8 Mei 2018 tempohhari walaupun barangkali sudah terlalu penat mengelilingi Malaysia dalam siri kempen PRU14. “Santai bersama Ayah Chik’ itu dibuat di Banggol Square, Chukai dengan kehadiran angka ribuan orang.

Dun tumpuan di Kemaman adalah Kemasik dan Chukai. Dalam kepala saya sendiri secara peribadi, Dun Kijal dan Air Putih agak sukar dimenangi, apatah lagi Parlimen Kemaman yang diwakili oleh Menteri Pertanian.

Pukul 4.50 petang hari Rabu, saya melihat senarai keluar mengundi yang rendah di bangsal panas, juga dengan majoriti yang lebih rendah dari PRU13 dahulu. Macam mana ni?

Alhamdulillah, kita diberi kemenangan luar jangka di Kemaman sehingga dapat menambah majoriti di Dun Chukai, menang buat kali pertama di Kemasik dalam sejarah pilihan raya, mengambil kembali Dun Air Putih yang pernah dimenangi pada tahun 1999, mengurangkan majoriti di Dun Kijal, dan yang menariknya PAS mengalahkan seorang menteri di peringkat Parlimen, selepas 6 penggal PAS tidak bertanding di peringkat Parlimen.

Saya mengucapkan tahniah kepada semua YB baharu kita. Ingatlah bahawa semua ini adalah amanah yang perlu dipikul dengan sebaik mungkin untuk manfaat rakyat. Tiada kepentingan peribadi, tiada bentuk kezaliman dan tiada perkara bercanggah dengan syarak.

Saya juga mengajak kepimpinan PAS Kemaman di semua peringkat untuk membantu YB-YB PAS kita supaya yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing.

Alhamdulillah, sekali lagi atas nikmat ini dan saya anggap kemenangan di Kemaman ini adalah hadiah buat Tuan Guru yang disayangi

Hantar Komen Anda