NikNasri.com » Tamrin Qiadi PAS Kemaman: Ibrah Perjuangan Dari Surah As-Saf

Tamrin Qiadi PAS Kemaman: Ibrah Perjuangan Dari Surah As-Saf

1PAS Kemaman melalui Lajnah Tarbiahnya mengadakan Tamrin Qiadi bagi AJK PAS Kemaman, Urusan Ulama, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimatnya pada hari Jumaat (2 Feb 18) dan Sabtu (3 Feb 2018) di tanah saudara Amri yang berhampiran dengan kolam ikannya di Kampung Chabang, Kerteh. Tempat di tepi bukit dan anak sungai itu sangat sesuai untuk diadakan kem atau aktiviti luaran.
Perasmian dilakukan oleh YB Ustaz Rosli Jabar, Pesuruhjaya PAS Pahang dalam kuliah Maghribya yang bertajuk ‘Ibrah Perjuangan Dari Surah As-Saf’ sebagai persediaan awal menghadapi PRU 14 akan datang.
Ia juga diisi dengan munajat pilihanraya, solat hajat dan qiam serta kuliah subuh oleh Ustaz Nik Nasri selaku ketua Lajnah Tarbiah sendiri yang bertajuk ‘TazkiatunNafs dalam diri pejuang.’
Program 2 hari 1 malam itu dihadiri 42 orang peserta dari kepimpinan PAS Kemaman.
Catatan: Ibrah Perjuangan Dari Surah As-Saf
YB Ustaz Rosli Jabar
Nikmat menjadi pendokong kepada perjuangan Islam.
Kita tidak sama dengan yang lain. Kita habiskan duit, masa untuk perjuangan. Bahkan sebahagian besar umur dihabiskan untuknya.
Ahli PAS diajar hadam surah As-Saf, semenjak muda hingga tua.
Berada dalam jemaah, mesti ada pengorbanan. Diri, masa, semuanya untuk jemaah. Apatah lagi sekarang hampir dengan pilihanraya.
Dalam surah As-Saf, disebut Allah kasih kepada orang yang berjuang menegakkan agama Allah. Korban masa, tenaga, perasaan. Kena buang kesukaan-kesukaan yang bersifat peribadi. Atas dasar itulah, Allah kasih kepada hambaNya.
Kita ini generasi kemudian. Bagaimana orang terdahulu yang lebih besar pengorbanannya.
Mursyidul Am PAS menceritakan tentang ceramah yang pernah dibuat lama dahulu 3 orang sahaja yang dengar. Sekarang 20k
Almarhum Tuan Guru Nik Aziz pernah sebut: Kalau kita tak ikut PAS, mungkin kita akan ikut parti ideologi sekular.
PAS dibangunkan dengan tarbiyah, sehingga melahirkan kita sekarang dalam jemaah.
Dalam surah As-Saf juga cerita tentang kisah Nabi Musa yang berdepan dengan kuasa, harta, pengaruh. Kita mesti sentiasa menurut Al-Quran.
PAS punya prinsip. Kita tak ikut yang lain hanya semata-mata ikut. Mati dalam taat lebih baik dari hidup derhakakan Allah.
Dalam surah As-Saf, penolong Nabi Isa asalnya sangat ramai, hingga tinggal 13 orang, seorang belot, jadi 12 orang.
PAS pada asalnya terlalu sedikit sokongan. Kini semakin ramai yang makin faham.
Kita sebut ‘keyakinan’ supaya kita terus semangat untuk berjuang.
Ada orang yang berpegang dengan angka, dan kita cuba dilemahkan berdasarkan angka.  Kita berpegang dengan yang lebih besar dari angka iaitu Allah. Bahkan dari segi angka, sambutan terhadap Fastaqim misalnya sangat menggalakkan.
Fathun qarib- kemenangan yang hampir, kena yakin.
Kita jangan malu isytihar diri kita sebagai pejuang Islam.
Kaedah ‘ma la yatimmulwajib illa bihi fahua wajib’ (perkara yang tak sempurna yang wajib itu melainkan dengannya, ia jadi wajib.
Justeru, apabila kita membuat pelbagai program, gerakerja parti, ia adalah amal soleh yang ada pahala insyaAllah.
Surah As-Saf ajar kita akhlak berjuang, belanjakan harta kepada jalan Allah, sehinggakan apabila hampir mati, ada orang yang minta dari Allah lanjutkan usia untuk bersedekah.
Untungnya apabila setiap detik kehidupan ini dihabiskan untuk jalan Allah. Kematian selepas itu tentulah kematian yang baik.
Catatan:
Ustaz Nik Nasri
Kerteh 9 mlm
2 Feb 2018

Hantar Komen Anda