Intipati Ucapan Perasmian Penutup IMPAK 17 Ustaz Hashim Jasin, Mursyidul Am PAS

 IMPAK 17Saya buat catatan dari ucapan Ustaz Hashim Jasin seperti berikut:
1. Seorang bayi baharu lahir dalam keadaan terlalu lemah, hanya mampu menangis. Anggota yang ada tidak dapat berbuat apa-apa. Hanya bergantung kepada si ibu. Keadaan ini berubah dari semasa ke semasa. Sampai kemuncak kekuatan, ia mula menurun.
Ini semua sepatutnya menjadi perhatian, pengajaran kepada kita. Saya berbangga apabila hadir dalam majlis ini, kita dapat lihat orang yang menurun dari segi usianya, ada pelapisnya. Saya menyaksikan kita berada dalam trak yang betul.
2. Dalam satu program tv, panel bercakap tentang perpaduan Umno dan PAS. Saya tertarik apabila pengerusinya berkata seorang AJK PAS Pusat sebut PAS dan Umno ibarat seperti ikan sembilang dan ikan keli. Rupa sama, tiada sisik, sengat ada tetapi ikan keli tidak boleh hidup dalam air masin, dan ikan sembilang tidak boleh hidup dalam air tawar. Umno umpama ikan keli, PAS umpama ikan sembilang. Kalau nak tahan lama sikit, letak dalam raga, jangan letak air, lama-lama dua-dua mati. Umno, PAS tak boleh bersatu.
Namun kita bukannya ikan keli atau sembilang. Kita dibekalkan dengan akal, Nabi, syariat. Ada tempat kita boleh hidup bersama tetapi ada tempat dan syaratnya.
3. Orang PAS sebenarnya senang diajak berunding dengan syarat pihak satu lagi bersedia terima agama dan syariat Allah. Soalnya ‘ikan keli’ ini tidak mahu terima Islam secara lengkap.
4. Dalam sirah Nabi, apabila Nabi kalahkan Quraisy dalam Perang Badar, pemimpin Quraisy iaitu Umair bin Wahab alJumahi dan Safwan bin Umayyah berbincang di tepi Kaabah.  Umair sanggup bunuh Nabi, Safwan nak jamin anak isteri Umair. Apabila Umair pergi ke Madinah, Saidina Umar beritahu Nabi tentang kedatangan Umair. Nabi izinkan Umair masuk. Dialog berlaku antara Nabi dan Umair. Dia berkata dia hanya mahukan anaknya. Nabi dedahkan rahsia percakapan sebenar Safwan dan Umair sama seperti mereka berdua bercakap sebelumnya. Umair kata Muhammad dapat berita dari langit. Akhirnya Umair masuk Islam.
Apa faktor Umair tertarik dengan Nabi? Atau apakah faktor Nabi dapat menarik mad’u?
5. Kita semua adalah jentera parti dan kempen. Almarhum Tok Guru Nik Aziz ada caranya. Presiden kita ada caranya.
Kita perlukan jentera parti yang disebut: ‘Pemimpin yang dapat menarik hati orang lain.’
6. Untuk hadapi pilihanraya akan datang, perlu jaga adab dan akhlak, termasuk penentuan bakal calon. Serahkan perkara ini kepada pimpinan. Sematkan dalam diri agar patuh kepada keputusan dan arahan parti.
7. Dakwah paling baik ialah mengikut Nabi, iaitu dengan cara berdepan, pujuk, beritahu, berbincang empat mata dan lain-lain walaupun mungkin cara moden sekarang seperti Facebook, portal dan lain-lain ada sebagai medium dakwah kini.
( IMPAK ialah singkatan Ijtimak Pecutan Akhir Ulamak PRU 14)
Dewan Dato’ Hj Fadhil Noor,
KUIZM, Gombak.
Rabu, 18 Okt 17
5.35 petang

Hantar Komen Anda