Kerajaan Bijak Tak Sepatutnya Bebankan Rakyat

karnival FastaqimKEMAMAN 22 SEPT 17- “Kerajaan yang bijak tak sepatutnya letak bebanan kepada rakyat.” ujar Dato’Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan Presiden PAS dalam ceramahnya malam tadi sempena Karnival Anak Muda yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Kemaman di Dataran Mak Cili, Kemaman.
“Masa kita perintah (Terengganu, Kelantan), kita tak ambil rasuah. Bukan sahaja rasuah, yang halal pun tak ambil. Contohnya elaun keraian dan lain-lain elaun yang diperuntukkan kepada Menteri Besar” tegas beliau lagi.
“Stigma hanya Umno sahaja layak dan mampu memerintah negara juga mesti dibuang. Ini berlaku apabila Kelantan diambil-alih oleh PAS dan memerintah hingga kini (walaupun mendapat tekanan dari kerajaan pusat semenjak zaman Dr Mahathir).” sambungnya lagi.
Karnival tersebut diadakan mulai petang Khamis hingga hari Sabtu menampilkan pelbagai aktiviti dan program dengan ramai tokoh dan selebriti.
https://www.pas.org.my/artikel-berita-tganu/13074-kerajaan-bijak-tak-sepatutnya-bebankan-rakyat

Hantar Komen Anda