Coretan Peribadi Di Ijtimak Kelantan 2017

ijtimak-ustyi, sharafiTengahari Khamis (20 Jul 17), panjat Banjaran Titiwangsa ke Pengkalan Hulu. Pagi Jumaat (21 Jul 17), sekali lagi panjat Banjaran Titiwangsa ke Kota Bharu, menghadiri Ijtimak Perpaudan Ummah Rantau Asia (IPURA) kali ke4 di Kota Bharu, Kelantan. Kali ini hadir di atas tiket petugas IT, membantu Ust Kamal, mewakili IT Dewan Ulama PAS Pusat, membuat liputan berita sepanjang IPURA tersebut. Saya bertugas dalam Dewan Kelantan Trade Centre (KTC), mengambil peranan mencatat ucapan perasmian Persidangan Ulama oleh DSTG Hj Abdul Hadi Awang, Presiden PAS yang juga Timbalan Ketua Kesatuan Ulama Islam Se Dunia (KUIS). Ucapan disampaikan dalam bahasa Arab, saya terjemahkan spontan dan jadikan bahan catatan petang Jumaat itu.

Tok Guru bercakap dengan nada agak perlahan dari kebiasaan, Tubuh juga agak kurus. Kata orang Terengganu ‘seroh’. Barangkali kesan rawatan intensif tempohari masih terasa. Namun semangat tidak pernah pudar. Istiqamah tetap segar. Kesungguhan jangan dicabar.  Walaupun imej Tok Guru cuba dicalar, tetapi jiwa Tok Guru tidak gentar.

Tok Guru datang bertongkat. Bukan kerana sombong, tetapi agaknya meanggung tubuh yang sedikit tidak larat. Saya teringat kisah Nabi Musa dalam al-Quran, apabila Allah bertanya Nabi Musa tentang tonkatnya. Nabi Musa menjawab: Itulah tongkat yang digunakan untuk menjaga kambing. Ketika berhadapan dengan Firaun, Allah perintahkan Nabi Musa campakkan tongkatnya sehingga menjadi ular yang menelan ular ahli sihir Firaun.

Di saat yang sangat genting, ketika berada di tepi laut, menghadap laut di hadapan, tentera Firaun di belakang, pemuda yang bersama Nabi Musa bertanya: Di mana perintah Tuhanmu? Nabi Musa menjawab? Di hadapan. Pemuda itu meredah laut. Kembali ke darat. Bertanya lagi kepada Nabi Musa: Di mana perintah Tuhanmu? Soalan yang sama diulang, dan jawapan yang sama disebut: Di hadapan! Akhirnya Allah perintahkan Nabi Musa memukul tongkatnya ke laut. Tidak pernah terfikir dek akal, laut terbelah dengan kehendak Allah. Nabi Musa dan Bani Israel selamat di hujung darat di sana. Firaun bersama bala tenteranya tenggelam dalam laut.

Itu kisah Nabi Musa. Kisah kita pula ialah kita sedang berhadapan dengan kerajaan Umno/BN, juga berhadapan dengan pembangkang yang tidak kurang hebat menyerang PAS. Nabi Musa bergantung dengan Allah. Kita juga bergantung dengan Allah. Nabi Musa membawa Bani Israel keluar dari kezaliman Firaun. Kita juga mengajak rakyat supaya keluar dari kezaliman pemerintah zalim. Nabi Musa berdepan dengan ahli sihir Firaun. Kita berhadapan dengan 3M-money, machine, media di bawah kuasa kerajaan, dan kita juga berdepan dengan Dr M yang masih tidak serik untuk berpolitik.

Ucapan Tok Guru di ceramah penutup juga saya catatkan. Saya juga mencatat sekitar 10 ucapan perwakilan persidangan. Seperti biasa, dalam program seperti inilah saat bertemu sahabat-sahabat lama Jordan: Dato’ Dr Nik Zawawi, Prof Madya Shukri Md, Ust Ismi Taib, YB Ust Latif, Ust Wan Sharafi selaku penterjemah, Ust Zuridan dan YB Khairudin Aman Razali. Juga junior saya di Sekolah Alam Shah, saudara Zamakhshari dan ramai kenalan lain.

Kenadiran bukan sekadar mencatat, tetapi juga bertemu para sahabat, memperteguh ikatan dalam jemaah agar lebih erat

Hantar Komen Anda