Ziarah Pondok Pak Teh Di Pengkalan Hulu

pondokKhamis lepas (20 Julai 2017), kami sekeluarga ke Pengkalan Hulu, Perak, menziarahi pondok Pak Teh, tempat saya belajar pada tahun 1990. Kes sebelumnya ialah 18 buah pondok terbakar, salah sebuahnya ialah pondok yang saya duduk pada tahun 1990.

Saya bawa anak-anak dan isteri untuk tunjuk kepada mereka, inilah pondok yang pernah abah belajar dahulu, agar menjadi motivasi buat mereka dalam pencarian ilmu.

Saya juga menemui Ustaz Hamzah, rakan belajar dahulu yang juga merupakan menantu Pak Teh, untuk menghulurkan sedikit sumbangan orangramai dari Kemaman bagi pembangunan pondok.

Hantar Komen Anda