Presiden PAS: Izinkan Undang-undang Islam Dilaksanakan

Himpunan 355Saya membuat sedikit catatan selari ketika ucapan DSTG Presiden PAS sempena Himpunan 355 di Padang Merbok malam tadi.
.
Ucapan dimulakan dengan ayat al-Quran dari surah Fatir: 31-32
.
Kita harap perhimpunan ini mengumpulkan semua jenis kalangan manusia, tetapi semuanya ingin menjunjung tinggi syariah.
.
Rugilah orang yang tidak bersama dengan kita.
.
Rang Undang-Undang 355 memperkasakan Mahkamah Syariah bukan baru. Ia (usaha martabatkan Islam) pernah berlaku sebelum merdeka.
.
Usaha martabatkan Islam sudah lama. Pejuang kemerdekaan, termasuk PAS mengemukakan memorandum supaya diletak Islam dalam perlembagaan Malaysia.
.
Memorandum ini diterima oleh Suruhanjaya Reid dan diletak dalam Perlembagaan Persekutuan. Islam menjadi sebagai agama persekutuan.
.
Mahkamah Syariah diletak di bawah bidangkuasa negeri.
.
Selepas separuh abad, kita sepatutnya buat muhasabah balik kepada undang-undang lapuk ini.
.
Bukan rang undang-undang ini sahaja yang diubah, sudah banyak sebenarnya undang-undang lain diubah.
.
Perbincangan mengembalikan hukum syariah di atas tanggungjawab agama dibuat oleh pelbagai pihak, bukan kerana manusia semata-mata, atau atas sifat parti, NGO, jabatan kerajaan dan lain-lain, tetapi ia amanah dari Allah.
.
Apa yang dibuat ini untuk membolehkan syariat Allah dilaksanakan. Ia dilaksanakan melalui Mahkamah Syariah.
.
Al-Quran menjamin kebebasan beragama. Tiada sebab bukan Islam menentang. Ini melanggar adab perpaduan negara.
.
Kita buat himpunan aman hari ini. Semua yang hadir moga-moga dapat berkat dari himpunan ini.
.
Yang masih negatif, sila kaji undang-undang dunia. Al-Quran pernah menjadi rujukan untuk dibuat undang-undang antarabangsa selepas Perang Dunia pertama.
.
Mereka yang negatif terhadap undang-undang Islam yang ada di Malaysia hanyalah agas dan nyamuk kecil sahaja. Sila kaji undang-undang antarabangsa.
.
Izinkan undang-undang Islam dilaksanakan. Dari kamu tentang undang-undang Islam, lebih baik kamu bincang lapuknya undang-undang manusia seperti hukum gantung dan lain-lain.
.
Saya harap RUU 355 ini dapat dijayakan sehingga dapat dilihat kebaikannya oleh semua pihak.
.
Catatan,
Ust Nik Muhammad Nasri Nik Malek
18 Feb 2017
11.15 mlm

Hantar Komen Anda