Ijtimak Nuqaba PAS Terengganu 2016

Ijtimak nuqaba1Lajnah Tarbiah Badan Perhubungan PAS Terengganu menganjurkan Ijtimak Nuqaba PAS Terengganu yang mengumpulkan tenaga nuqaba dan naqibat seluruh kawasan di Terengganu.
Program diadakan di Angulia Beach Resort, Marang pada hari Ahad 25 Dis 2016.
2 kertaskerja dibentangkan oleh YB Ustaz Idris Ahmad dan Datuk Dr Johari Mat. Saya catat beberapa point dari 2 kertaskerja tersebut:
Kredibiliti Naqib Sebagai Faktor Yang Menjayakan Usrah
YB Ust Idris Ahmad
Naqib sebagai fasilitator, kaunselor, iby, bapa, tmpt mengadu, sahabat dll.
Usrah lebih penting diikat dengan cara tidak formal.
1. Naqib faham konsep usrah. Bukan hanya semata-mata seorang ustaz lalu menjadi Naqib? Tidak. Mesti melalui acuan yang betul. Membina jemaah, bukan sahaja membina peribadi,  atau ilmu.
Bila faham konsep usrah, banyak perkara kelemahan dapat diatasi.
2. Faham tasawwur Islam dan gerakan
Islam yang menyeluruh. Jangan bawa masalah khilafiah dalam jemaah, ia boleh bawa perpecahan dalam jemaah.
Fahami hati budi orang bawahan, ubati penyakit dalaman mereka dengan yang sesuai.
3. Ikhlas dalam amal sebagai seorang naqib.
4. Iman yang mendalam. Iman mantap, boleh hadam fikrah perjuangan Islam, motivasi naikkan semangat dan berani.
Kita ni generasi ‘red carpet’. Lihat generasi sebelum yang berjuang dengan payah.
5. Fahami organisasi jemaah Libatkan diri dengan organisasi, program PAS. Tenaga untuk bangunkan negeri dalam pelbagai bidang diambil dari usrah.
6. Eratkan ukhuwah melalui ziarah, ucap tahniah, takziah, kematian, bantuan kewangan dan lain-lain.
7. Banyakkan amalan fardu (peribadi), kekuatan rohani, zikir ma’thurat, Quran dan lain-lain.
8. Teladan yang baik
-Peribadi, percakapan, pergaulan, hadir mesyuarat, program jemaah.
9. Benar
-Nat, perkataan, pekerjaan
10. Sabar
-Hadapi kerenah ahli usrah pelbagai ragam.
11. Tawadhu
Orang-ramai lebih mudah terima, dengar nasihat, cakap kita.
12. Pemurah
Sifat kikir jauhkan ukhuwwah.
13. Suka tolong
-Tambah kepercayaan orang bawah
14. Bijak bergaul
-kurangkan protokol
Peranan Dan Tanggungjawab Naqib:
1. Naqib adalah pemimpin, pendidik
2. Salur ilmu, fikrah
3. Kandungan usrah ikut kehendak usrah dan jemaah
4. Pastikan perjalanan usrah seiring dengan pembinaan jemaah dan organisasi.
5. pupuk ukhuwah di kalangan anggota
6. galakkan buat amalan sunat
7. galakkan ahli usrah ada semangat pengorbanan
Tazkiatunnafs
Dr Johari Mat
Nabi baca ayat Quran, sucikan hati, ajar apa yang kamu tak tahu.
Manusia ada yang buta, atau tuli dan bisu tetapi yang ada ketiga-tiganya- bisu, buta, pekak, memang   sangat teruk.
Tazkiatunnafs penting bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi juga untuk orang lain.
Tarbiyyah Ruhiyyah
Usaha kuatkan hubungan antara ‘wujud insan’ dan pencipta sehingga capai peringkat makrifat rumah, dengannya disucikan hati.
Tujuan Tarbiah Ruhiyyah:
1. Anggota rasai kebersamaan dengan Allah.
2. lahir anggota yang beramal kerana Allah
3. Taqarrub kepada Allah dengan zikir di semua keadaan, wirid, pelihara ibadat, ingat akhirat
4. Muhasabah terhadap diri setiap hari
5. Lahirkan anggota yang cinta syahid fi Sabilillah dengan sertakan niat dalam diri untuk berjihad.
Menuju Taqwa
Hanya Muttaqin masuk syurga
Tahap taqwa berbeza
Sifat:
Almu’ahadah. Ada janji dengan Allah. An-Nahl: 91
Taat kepada pemimpin boleh jadi ibadah kalau kena cara.

Hantar Komen Anda