Tugas Gerakan Islam Ialah Menyelamatkan Umat Islam

Tok Guru Haji HadiSaya menghadiri pertemuan tertutup yang dibuat oleh pihak Badan Perhubungan PAS Terengganu dengan kepimpinan peringkat negeri hingga kawasan mengenai lawatan Presiden PAS ke Iran baru-baru ini, sehingga menimbulkan kekeliruan dari kalangan mereka yang selama inipun mahu mengelirukan, apatah lagi jika ada peluang untuk menghentam orang lain walaupun tanpa dalil dan bukti yang nyata.
.
Ini saya lihat dari ucapan muqaddimah oleh Dato Seri Tuan Guru Presiden PAS sendiri yang membuat penjelasan mengenai lawatannya ke Iran baru-baru ini, apabila beliau memulakan ucapannya malam itu dengan ayat al-Quran:
.
“Dan takutlah akan fitnah yang tidak menimpa kepada orang zalim sahaja di kalangan kamu. Dan ketahuilah bahawa Allah itu Maha hebat siksaNya”
Al-Anfal:25
.
Ketika Allah menjemput Nabi dalam peristiwa Isra dan Mikraj, Nabi melihat manusia yang disangkut hidung dan anggotanya yang lain, hingga tembus ke belakang. Inilah kerja menyebar pembohongan hingga berita bohong itu sampai ke pelusuk dunia, terutama di zaman kecanggihan teknologi ICT sekarang.
.
Seperti sebelum-sebelumnya, saya biasanya mencatat ucapan tok guru dan pemimpin utama. Namun, malam itu, catatan saya sedikit terencat, bukan kerana apa, tetapi kerana kompleksnya isu yang sedang dikupas iaitu isu Syria sekarang, ditambah dengan isu-isu sampingan yang turut memberi kesan langsung atau tidak langsung kepada apa yang sedang berlaku khususnya di Halab (Aleppo) sekarang. Ditambah lagi dengan nama tokoh, nama tempat, tahun di mana semua ini ialah hasil pengalaman peribadi Tok Guru dalam memimpin  gerakan Islam sehingga ke peringkat antarabangsa.
.
Suatu perkara yang tiada dalam kitab dan buku, tetapi tersimpan ingatannya dalam diri tok guru.
.
Tok Guru memulakan bicara dengan mengimbau sejarah umat Islam. Bencana yang berlaku pada hari ini bertali-arus selepas peristiwa Saidina Usman bin Affan dibunuh. Apa yang berlaku ialah kelemahan umat Islam, bukan kesilapan Usman. Banyak perkara yang dibuat oleh Saidina Usman, dari perkara besar sehinggalah isu imbuhan yang diberi kepada orangramai di zamannya. Orang Islam sudah begitu ramai, maka Saidina Usman melantik pengurusannya di kalangan sanak-saudaranya. Ertinya ada hujah yang dipakai oleh Saidina Usman, tetapi sifat tidak puashati tetap ada di kalangan manusia.
.
Saidina Ali mengambil-alih khilafah dalam keadaan ramai orang yang tidak faham, walaupun beliau seorang yang sangat faham. (Saya menambah di sini: Barangkali inilah juga yang sedang berlaku di kalangan kita. Ulama yang benar mengambil pendekatan terbaik, tetapi ramai yang tidak faham, dan sesetengahnya buat-buat tidak faham serta bebal pula)
.
Fitnah berlaku terhadap para Sahabat, termasuk dalam Perang Jamal, di antara Saidina Ali dan pengikutnya dengan Saidatina Aisyah serta pengikutnya. Ada ulama yang membincangkan peristiwa ini. Mereka berkata Saidina Ali yang benar.
.
Selepas Saidina Ali dan seterusnya, berlaku pelbagai bentuk penguasaan kerajaan. Ada yang sah, ada yang tidak sah.
.
Bagi meneguhkan khilafah yang tidak sah ini, antara mangsanya ialah aalilbayt yang dipenjara atau dibunuh. Imam-imam besar mazhab dan para ulama soleh juga dipenjara kerana tidak menyokong kerajaan masing-masing.
.
Hadis-hadis mauduk direka oleh Sunni dan Syiah, bertujuan mengukuhkan kerajaan atau pandangan masing-masing.
.
Namun, dari segi periwayatan hadis, Imam Bukhari ada perawinya dari kalangan Syiah lebih dari 100 orang.
.
Dalam dunia moden selepas itu, ghulat (pelampau) Syiah menubuhkan kerajaan di Iran dan Yaman. Iran dan Yaman bertembung dengan kerajaan Uthmaniyah.
.
Tokoh mujaddid Jamaluddin al-Afghani, melahirkan anak murid seperti Muhammad Abduh di Mesir dan AsSyirazi di Iran.
.
Pada tahun 1938, Khomeini pernah bertemu dengan Imam Hasan al-Banna.
.
Kuasa barat awalnya menganggap Iran tidak kuat kerana mereka Syiah, tentu tidak diterima oleh muslim lain. Apa yang berlaku tidak begitu. Iran mempunyai banyak senjata. PAS menyokong Iran ketika Revolusi Islam Iran (bukan kerana Syiahnya tetapi sudut yang lain)
.
Selepas Revolusi Islam Iran, Khomeini membuat banyak perubahan kepada pengikut Syiah, seperti tidak sujud di atas batu, dan tidak jamak solat ketika pergi ke Mekah. Begitu juga hadis-hadis palsu di kalangan Syiah yang dibuang.
.
Pertubuhan Ikhwan Muslimin Syria sendiri pecah kepada 3 kumpulan. Bagi gerakan Islam lain di tempat lain,  mengambil sikap supaya Amerika tidak campur tangan dalam urusan negara lain dan urusan umat Islam.
.
Tokoh-tokoh Syiah, ramai juga yang  menolong Palestin.
.
Zionis menguasai semua negara, dalam semua aspek.
.
Pada tahun 1999, Najmudin Erbakan meminta tok guru pergi ke Turki, menghadiri persidangan ekonomi. Erbakan berkata kepada Erdogan: ‘Kalau kita nak lawan Israel, kita kena baik dengan musuh Israel seperti Rusia, Cina dan Venezuela. Kamu juga kena majukan teknologi. Dengan teknologi, Amerika membuat senjata, kamu membuat alat pemintas senjata misalnya’
.
Ketika Perang di Selatan Gaza. Ia melibatkan HAMAS dan Tanzim jihad. HAMAS dan Tanzim jihad adalah pecahan dari Ikhwan Muslimin Palestin.
.
Munculnya Hizbullah pula ialah apabila Israel menawan selatan Lubnan.
.
Agen Mossad membunuh saintis Iran kerana mereka mempunyai kelebihan tertentu.
.
Negara Arab tidak setuju HAMAS melawan Israel.
.
Perjanjian Oslo dan Madrid menjadi asas perjanjian dengan Israel. Gerakan Islam juga menentang perjanjian ini.
.
Arab Spring yang berlaku di kalangan negara Arab ialah yang menolak perjanjian Madrid dan ini yang paling bergolak di negara mereka.
.
10 tahun lepas Al-Jazeera pernah menyiarkan artikel bahawa Amerika Syarikat mengkritik Bundar bin Sultan kerana menghantar Al-Qaeda ke Syria. Tujuannya untuk mengacau Syria, kerana Syria dianggap pengkalan untuk HAMAS dan Tanzim jihad.
.
Isu Sunni dan Syiah dibangkitkan.
.
Hafiz Asad berfahaman Alawi. Bila tegang antara Sunni dan Syiah, gerakan Islam berbincang. Erbakan menghantar rombongan ke Syria, beritahu kepada Ikhwan Muslimin Syria supaya berdamai dengan Basyar Asad.
.
Puak Saudi mengapi-apikan supaya lawan Basyar.
.
Al-Qaeda serang Hizbullah supaya Hizbullah masuk dalam Syria.
.
DAESH menguasai kawasan minyak di Syria dan Iraq. DAESH mendapat bantuan dari utara (NATO) dan selatan (Israel).
.
Amerika mahu Basyar jatuh tapi tiada calon yang boleh menggantikannya.
.
Amerika membantu Ukraine. Rusia pula menyokong Syria. Rusia mendapat 1 pengkalan luar di Tortust. Senjata Rusia lebih kuat dari Amerika.
.
Krisis Syria mungkin menjadi muqaddimah kepada perang dunia ke 3.
.
Di akhir kupasan yang panjang lebar itu, Tok Guru menyebut: “Gerakan Islam mesti selamatkan umat Islam, lebih penting dari menjadi alat Barat.”
.
Demikian serba ringkas beberapa isi penting dari penjelasan Tok Guru sendiri sekembalinya dari Teheran. Yang penting isu ini ditangani dan dibuat sesuatu oleh pemimpin gerakan Islam, untuk kebaikan umat Islam, bukan hanya berbahas samada tok guru mewakili itu atau ini.
.
Penulis ialah Timbalan 1, Jabatan Perhubungan Awam, IT Dan Media Baharu, Dewan Ulama PAS Pusat dan
Ketua Lajnah Media Baharu Dewan Ulama PAS Terengganu
Jumaat 23 Dis 16

Hantar Komen Anda