Presiden PAS Bertanggungjawab Dengan Allah, Bukan Hanya Kepada Ahli PAS

MursyidulAmSabtu 3 Dis-Tuan Guru Hj Hashim Jasin, Mursyidul Am PAS menegaskan bahawa Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi, Presiden PAS, bukan sahaja bertanggungjawab kepada ahli PAS, tetapi juga kepada Allah. Penegasan ini dibuat bagi menenangkan sebahagian ahli PAS yang mungkin terpengaruh dengan propaganda musuh bagi mengikis keyakinan terhadap kepimpinan Tok Guru. Apa yang dibuat tentulah untuk kepentingan Islam. Perkara ini diucap dalam Majlis Malam Mesra PAS Kemaman bersama Mursyidul Am PAS di Mujamma’ Imam Shafie, Taman Islam, Kemaman malam tadi.

Dalam ucapan sulungnya di Kemaman malam tadi,
beliau memetik firman Allah:

“Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramallah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan”.

At Taubah: 105

Allah mengarahkan kepada kita supaya kita buat sesuatu yang akan dilihat oleh Allah, Rasul dan orang mukmin. Kita dikira berjaya jika penonton suka dengan persembahan kita. Jika kita persembahkan sesuatu yang hebat tapi lpenonton tidak suka, maka ia tiada nilai.

Allah perintah kita buat ‘persembahan’ di atas dunia. Allah, Rasul dan orang mukmin yang menjadi ‘penontonnya’. Justeru, kita mesti membuat perkara yang disukai oleh Allah, Rasul dan orang mukmin.
Kita jangan buat persembahan yang tidak disukai oleh 3 penonton tadi.

Dari segi politik, orang Melayu boleh masuk Umno, PKR, Bersatu, PAN atau PAS, bahkan DAP. Masing-masing membuat ‘persembahan’.
Cerdikkah kita kalau kita buat persembahan yang tidak disukai oleh 3 penonton tadi? Bila kita masuk parti ini, kita yakin apa yang kita buat, dan panduan kita ialah petunjuk dari Allah.

Dalam ucapan tersebut, beliau juga mengingatkan kepada ahli PAS supaya bersama dengan kebenaran yang datang dari Allah.

Seorang hukama berkata:

‘Kamu kawanku. Kebenaran juga kawanku. Apabila bertembung, maka kebenaran lebih berhak untuk dijadikan kawan’

Ini wajib. Allah yang suruh, bukan hanya nak seronok dengan syair.

Kita ada landasan syarak.
“Dan katakanlah: Kebenaran itu dari Tuhanmu”

Kalau ada perkara yang bercanggah dengan Quran, takkan kita nak ikut mereka yang tidak ikut Quran.
Kita buat sesuatu yang mestilah matlamatnya redha Allah. Menilai sesuatu samada baik atau buruk dengan syarak.
Perkara yang dipandang elok oleh syarak, itulah yang elok. Perkara yang dipandang keji oleh syarak, itulah yang keji.

Melayu berada dalam pelbagai parti. Masing-masing rasa betul. Kita ada panduan. Apa yang PAS persembahkan kepada masyarakat adalah berdasarkan dari Al-Quran dan As-Sunnah.

Sekarang, PAS nak duduk di mana?

Parti Umno, Dr M dan Muhyidfin, PKR, semuanya nak ajak PAS. Di sini kita tidak dilepas untuk membuat halatuju sendiri. Kita ada panduan Quran. Teknik, cara boleh berubah. Oleh itu, PAS tubuh blok ke 3.

Zaman Nabi, ada 2 kuasa besar, Rom dan Parsi. Rom beragama Kristian. Parsi beragama Majusi. Mereka berperang. Akhlak orang Islam ialah bersama dengan Rom kerana mereka dekat dengan Islam. Parsi sembah api, dia jauh.
Bila Rom bertembung dengan Parsi, Nabi tubuh blok ke 3.

Kita tubuh blok ini dahulu. Kita ada Lajnah Politik PAS Pusat. Mereka buat kajian dan ijtihad. Majlis Syura akan nilai menurut syarak. Syura ada 16 ahli sekarang.

Ahli kita tengok gambar Najib dengan Tok guru dah pening. Dulu PAS Pusat dah garis kerjasama untuk tahaluf. Almarhum Ustaz Fadhil kata jangan ikat kuat-kuat. Bila tak setuju, senang lepas. Ini dibolehkan kerana Nabi buat. Ta’awun juga boleh. Ayat Quran sebut:
“Dan bertolonglah kamu dalam kebajikan dan taqwa”

Ini tidak bercanggah dengan ayat. Justeru, dalam isu Rohingnya, PAS bersama. Jangan kata kita makan dedak.

Mursyidul Am PAS mengakhiri ucapannya dengan menyebut: Nabi suruh campak biji kurma supaya tumbuh, walaupun sangat hampir dengan kiamat. Umur saya 77 tahun. Mungkin lebih sesuai untuk berehat, tetapi kerana Islam, saya datang dan bersama di sini. Tok Guru Nik Aziz membawa bekas plastik air kencingnya dalam mesyuarat terakhir. Demikian juga Dato Harun Din yang datang mesyuarat terakhir dengan bekas oksigennya, yang menunjukkan kesungguhan dalam berjuang.

Catatan:
Ust Nik Muhammad Nasri bin Nik Malek
Timbalan 1, Jabatan Perhubungan Awam, IT Dan Media Baharu, Dewan Ulama PAS Pusat
dan
Ketua Lajnah Media Baharu Dewan Ulama PAS Terengganu

Taman Islam, Sabtu 3 Dis 2016

Hantar Komen Anda