Majlis Kecemerlangan Akademik UPSRI Kali ke 8 2016

Ihtifal 2016Ucapan perasmian Dato’ Husin Awang, Ketua Dewan Ulama PAS Terengganu

1. Hari ini kita meraikan anak-anak DAR dalam keadaan sederhana, walaupun kita telah mencuba meningkatkan keupayaan untuk mengadakan yang lebih baik

2. Sepatutnya pagi ini ucapan dibuat oleh Ketua Dewan Ulama PAS Pusat tetapi beliau ada program lain.

3. Sekolah DAR sudah beroperasi lebih 30 tahun, bermula DAR Bt 6 sehingga ada 9 buah sekarang. Setiu dalam proses membuka sebuah DAR.

4.Terengganu satu-satunya negeri yang ada sekolah di bawah pengurusan parti secara menyeluruh.

(Gambar: 3 pelajar Sekolah Rendah Islam DarulTaqwa Kemaman yang mendapat 12A (seorang) dan 11 A 1B (2 orang) bersama ibubapa masing-masing)

5. Pada tahun 2016 DPPP menubuhkan SRITI (Sekolah Rendah Islam Tahfiz Integriti) di negeri-negeri lain, tetapi di Terengganu, kita kekalkan DAR, cuma untuk tahun akan datang kita akan selaraskan silibus, peperiksaan, pemarkahan antara DPPP dan DUPNT. Subjek agama diambil dari DUPNT, subjek akademik diambil dari DPPP. justeru, cabaran lebih hebat.

6. Kewangan, perkembangan fizikal sekolah-sekolah masih belum berkembang baik. Tanggungjawab bersama dibuat antara DUPNT, ALP DAR. Masjid berkaitan dan PAS kawasan.

7. Kita yakin, matlamat DAR adalah memenuhi tuntutan membina insan dengan syumul yang kemudiannya membina tamadun yang berasaskan taqwa, tidak seperti yang sedang berlaku sekarang di mana sekolah aliran biasa melahirkan manusia yang kemudiannya manusia ini juga merjadi peruntuh dan pengkhianat kepada masyarakat dan rakyat.

8. Kita tidak hanya mahu melahirkan pak lebai tetapi manusia yang mampu menjadi generasi terbaik bagi umat ini.

9. Anak-anak kita di DAR bukannya mahu mencapai 6A, tetapi 12A.

10. Sekolah kena pastikan yuran perlu dibayar.

11. Dalam sejarah Islam, 2 golongan membantu perjuangan-yang berhijrah dan yang menerima orang berhijrah. Dalam konteks pendidikan DAR, golongan muhajirin adalah guru, ustaz, ustazah yang mengajar yang sanggup meninggalkan kepentingan dunia untuk pendidikan anak-anak. Golongan Ansar ialah ibubapa, ahli korporat, mereka yang berkeupayaan dalam kewangan untuk membantu sekolah kita ini.

12. Tahniah kepada semua yang telah membantu merealisasikan sistem persekolahan DAR.

Catatan:
Ust Nik Muhammad Nasri bin Nik Malek
Ketua Lajnah Media Baru DUPNT
Dewan Batu Bersurat, Muzium Negeri Terengganu
Sabtu
10.51 pagi

Hantar Komen Anda