Khatam Hadis Qudsi Di Malam Fenomena Supermoon

khatam Hadis qudsiMalam ini (Isnin malam Selasa 14 Nov 2016) (insyaAllah) akan baca hadis ke 272 dari kitab Hadis Qudsi yang dikumpul oleh Sheikh Syed Ahmad Semait, Mufti Singapura. Kitab ini dijadikan teks kuliah Maghrib di Masjid Lama Bukit Kuang yang juga dikenali dengan Surau Hijau.

Kitab ini dibaca semenjak tahun 2006, ketika masjid masih dalam struktur asal kayu. Kemudian ditambah dengan binaan simen, dan batu-bata di bahagian belakang. Kuliah berpindah ke bahagian belakang. Kemudian kuliah berpindah balik ke bahagian hadapan masjid selepas bangunan baharu di bahagian hadapan siap. Kitab dibaca sebelum adanya bypass dan Jambatan Bukit Kuang yang tinggi itu. Alhamdulillah, kitab ini sudah ke penghujng. Secara kebetulan juga, malam ini dijangka fenomena supermoon, keadaan bulan yang sangat hampir dengan bumi.

Beruntunglah mereka yang Istiqamah dengan pengajian dan perjuangan.

Alhamdulillah, dan semua ini jika Allah izinkan dan mudahkan, dan segalanya dalam kekuasaan dan ketentuanNya.

Hantar Komen Anda