Tan Sri Muhyidin Yasin Di Ceramah HARAP 3.4-PGU Di Kemasik, Kemaman 1 Okt 2016

1HARAP 3.4Program HARAP 3.4-PGU anjuran Badan Perhubungan PAS Terengganu selesai pada malam tadi selepas ia diadakan semenjak Rabu lepas dengan didahului oleh PAS Kemaman bagi ‘memanaskan badan’.

Ceramah kemuncak malam tadi menyaksikan mantan Timbalan Perdana Menteri, YB Tan Sri Muhyidin Yasin yang merupakan parti BERSATU yang baharu ditubuhkan berada di pentas PAS buat julung kali, terutama dalam program HARAP di Terengganu.

Hari 4: Sabtu 1 Okt 2016

Konvoi Bermotosikal dan pacuan 4 roda mengiringi PJ ke tapak program HARAP, Langkah HARAP, Cabutan Bertuah, Acara Muslimat dan Ameerah, Santai Bersama artis nasyid, Bicara hijrah bersama selebriti, kuliah maghrib oleh Ustaz Jamaludin Jusoh, ketua Penerangan DUPNT, Ceramah Perdana: YB Ustaz Idris Ahmad (Naib Presiden PAS), YB Tan Sri Muhyidin Yasin (Pres BERSATU), Dato Hj Mustafa Ali (Ketua Pengarah PRaya PAS Pusat), Hj Yahya Ali (TPJ 2 BPPNT)

Hari 3: Jumaat 30 Sept 2016:

HARAP 3.4 perasmian tok guru* Himpunan Pemuda Islam HIMPIT 2016: Sukan Pemuda-cubcross dan bolasepak, konvoi motosikal berhias, Perasmian HIMPIT 2016

* Solat Jumaat di masjid-masjid terpilih

* Ziarah al-mala dan MOSWA oleh AJK BPPNT

* kuliah Maghrib oleh Dato Dr Khairudin Aman Razali, ahli Majlis Syura/AJK PAS Pusat

* Perasmian HARAP-PGU 3.4 oleh Dato Seri Tuan Guru Presiden PAS

Hari 2: Khamis 29 Sept 2016:

HARAP kuliah maghrib nik zawawi* Karnival HARAP PGU 3.4 (Jualan Dan Ekspo)

* Sukaneka PASTI Kemaman,  Bersama Saiful Apek

* Pertunjukan Seni Mempertahankan Diri

* Kulaih Maghrib Oleh Dato Dr Hj Nik Zawawi Salleh, Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS

* Forum Perdana-: Ust Dr Ridhuan Md Nor, AJK PAS Pusat, YB Ust Ahmad Marzuk (MP Bachok), YB Ust Md Nor Hamzah (Ketua Penerangan BPPNT), YB Ust Hishamudin (ADUN Tepoh-moderator)

Hari 1: Rabu 28 Sept 2016:

perasmian HARAP1Perasmian program HARAP 3.4

-Program HARAP 3.4 memulakan sesi ‘panas badan’ dengan perasmian oleh YB Dr Alias Razak, Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu malam tadi di tapak program di Kemasik, Kemaman. Ia dibuat sebelum HARAP-PGU 3.4 peringkat negeri yang akan bermula di tapak program yang sama pada hari Jumaat dan Sabtu ini.

Ia juga diserikan oleh persembahan Munif dari kumpulan Hijjaz, Fourwords dan Buskers Sallimna. Turut hadir Ustaz Alias Hamid, YDP PAS Kemaman dan Ustaz Nik Nasri, Timbalan YDP.

Hantar Komen Anda