Moga Allah Rahmati Almarhum Tuan Guru Hj Salleh Musa

Tuan Guru Hj Salleh MusaNama : Tuan Guru Hj Salleh bin Musa
Tarikh Lahir : 08.02.1929
Ayah : Tuan Guru Hj Musa bin Salleh
Ibu : Khatijah bt Md Saad Mehamad
Tempat lahir : Pekan Sik Kedah
Bil Adik beradik : 8 orang
Anak ke : 3
Pendidikan :
1. Sek Rendah Keb Sik (dan ke Pondok Tuan Hussin Kedah, kemudian ke Pondok Tuan Guru Hj Mad Nawawi Gurun Kedah. (ini kurang masyhur kerana Tuan Guru sekejap sahaja di sana)
2. Pondok Pak Chu Him Gajah Mati Pendang Kedah
3.Darul Ulum Mekah dan menamatkan sijil kepujian Aliy
4. Kemudian mendalami ilmu di Masjidil Haram Mekah bersama syeikh-syeikh terkemuka, di antaranya Syeikh Ismail Fatani, Syeikh Yassin Al Fadani, Syeikh Abd Qadir Mandili , Syeikh Syed Alawi Al Maliki , Syeikh Syed Amin Qutubi dan syeikh muktabar lain.

Berkahwin dengan Hj Hatiah bt Hanafi
Mendapat 2 orang cahaya mata semasa belajar di Mekah.
Tuan Guru memiliki 11 orang cahaya mata semuanya.
Kini isteri beliau sudah meninggal dunia dan Tuan Guru sekali lagi berkahwin dengan Hajah Sofiah bt Hj Awang.

Tahun 1964 Tuan Guru pulang ke tanah air dan terus berkhidmat membantu mengajar di pondok ayah beliau di Pekan Sik.
Tuan Guru menggantikan ayah beliau sebagai mudir Madrasah Ar Rahmaniah hingga sekarang.
Sekarang Tuan Guru dibantu oleh anak beliau Syeikh Muslim sebagai Timbalan Mudir.
Tuan Guru menumpukan dakwah sepenuh masa di pondok hingga sekarang dan beliau menyampaikan dakwah di setiap daerah di sekitar Kedah Darul Aman.

KDYMM Sultan Kedah telah menganugerahkan beberapa pingat kebesaran kepadanya, di antaranya B.K.M , S.D.K dan Tokoh Pendakwah Negeri Kedah tahun 2009.
Pada tahun 2010 MB Kedah YAB Dato’ Seri Di-Raja Ust Azizan Abd Razak menganugerahkannya Tokoh Pondok Negeri Kedah. 2011 beliau dinobat Tokoh Ilmuan Daerah Sik Oleh Pegawai Daerah Sik.

Antara masyaikh hafizahumullah yang menziarahi beliau:
Syeikh Yussuf Al Hassani (Lubnan)
Syeikh Muhammad Ibrahim (Mesir)
Habib Kazim ( Yaman )
Habib Abdullah ( Jeddah)
Syeikh Habib ( Jordan)

Tuan Guru Hj Salleh merupakan ulama yang terkenal di Kedah sekarang kerana beberapa faktor ketokohan beliau:

1. Beliau merupakan Tuan Guru pondok yang paling tua berbanding dengan umur di kalangan Tuan Guru pondok di sekitar Kedah.

2. Beliau merupakan tokoh ulama Tauhid di alam Melayu sekarang. Ramai pelajar pondok seluruh Malaysia, Thailand akan berkumpul di Pondok Tuan Guru Hj Salleh Sik setiap bulan Ramadhan semata-mata untuk belajar ilmu tauhid dengan Tuan Guru Hj Salleh.

3. Beliau sangat petah dalam penyampaian ilmu dan dakwah, mudah difahami apa yang beliau syarahkan. Kuliah mingguan beliau setiap hari Jumaat tidak kurang dari 3000 orang yang hadir . Setiap hari beliau gigih mengajar di Madrasah Ar Rahmaniah dan beliau keluar menyampaikan dakwah di seluruh daerah di Kedah. Hampir 24 tempat beliau jelajah setiap bulan. Allah beri taufiq pada beliau, walaupun usianya lebih 80 tahun tetapi beliau masih bertenaga menyebarkan ilmu dan berjuang.

4. Ketokohan beliau tidak dapat dinafikan oleh kawan dan lawan, tegas dalam hukum menyebabkan ramai suka dengan beliau. Allahyarham Pak Teh Keroh pernah berpesan pada muridnya “Kamu semua kena taat segala fatwa dari Tuan Guru Hj Salleh Sik.”

5. Beliau sangat aktif berjuang untuk memastikan Islam tegak di dalam negara Malaysia yang kita cintai. Wadah yang beliau pilih adalah Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kerana ini merupakan amanat dari dua orang guru mulia beliau di Mekah iaitu Syeikh Abdul Qadir alMandili dan Syeikh Wan Ismail ( Pak Da Eil).

6. Fikiran beliau sangat terbuka.

7. Beliau merupakan antara tempat rujuk kepada pimpinan tertinggi Parti Islam Se-Malaysia peringkat Pusat & Negeri.

Tuan Guru Haji Salleh meninggal dunia Jumaat malam Sabtu (22 Julai 2016) jam 8.15 malam di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.

Semoga Allah merahmati roh beliau, ditempatkan bersama para Nabi, Siddiqin, Syuhada dan Solehin. Aamin.

Hantar Komen Anda