Sumbangan Sempena Eid al-Fitr 1437H Utk Guru dan Staf DarulTaqwa Kemaman

DarultaqwaSelaku Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah (ALP) Sekolah Rendah Islam Darultaqwa (SRIDT) Kemaman, saya mengambil sedikit tanggungjawab di atas dasar al-adl wal-ihsan untuk mencari sedikit dana bagi memberi sumbangan kepada para guru dan staf SRIDT sempena kedatangan Eid al-Fitr 1437H.

Walaupun jumlah bagi setiap orang tidaklah terlalu besar, tetapi mudah-mudahan ia menjadi tanda ingatan dari seorang pengerusi ALP kepada para guru dan staf di bawahnya.

Majlis serahan sumbangan diadakan di SRIDT pada hari Selasa 28 Jun 2016.

Hantar Komen Anda