“Ulamak Yang Berada Dalam Tanzim Mampu Lebih Berdisiplin”

1UUPKK2UUPKKUcapan Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Negeri Terengganu (DUPNT), Ustaz Jamaludin Jusoh sempena Majlis Iftar Jamaie Anjuran Urusan Ulama PAS Kemaman pada hari Ahad 26 Jan 2016. Majlis diadakan di sebuah restoran di Cukai, Kemaman.

1. Ayat Al-Quran surah As-Shaff ayat 4.

2. Syukur pada Allah dan kata alu-aluan.

3. Tahniah kepada PAS Kemaman kerana cepat menyahut seruan Dewan Ulamak PAS Pusat supaya menggempur keahlian Dewan Ulamak Peringkat Kawasan.

4. Sheikh Abdullah Fahim mengasaskan Dewan Ulamak untuk menyatukan fikiran dan buah fikiran.

5. Cabaran buat PAS kerana perlu menghimpunkan orang-orang alim dibawah satu dewan.

6. Ulamak bukan merujuk kepada batang tubuh seseorang tetapi ia merujuk kepada gabungan orang-orang alim.

7. Ulamak yang berada dalam tanzim mampu lebih berdisiplin dan meraikan suasana jemaah diatas dasar sami’na wa ato’na.

8. Kita perlu menunjukkan solidariti untuk menarik orang awam untuk duduk didalam organisasi pada tempat masing-masing.

9. Amal didalam berjemaah lebih disukai Allah berbanding amal sendirian.

Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang teratur rapi,

seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.

10. Kisah Fudhail bin Iyad ditegur sahabatnya Abdullah bin Mubarak kerana hanya fokus dengan beribadat di dalam masjid sahaja. Akhirnya Fudhail bin Iyad membenarkan teguran Abdullah bin Mubarak tersebut supaya berjihad.

11. Syarat menjadi ahli Dewan Ulamak adalah ahli PAS. Kriterianya adalah sesiapa sahaja yang sangat komited dengan agama disurau, di masjid, dalam organisasi, guru-guru sekolah dan lain-lain.

12. Masih ramai ustaz-ustaz yang masih perlu diseru dan diletakkan dalam posisi organisasi.

http://www.pas.org.my/artikel-berita-dupp/8882-ulamak-yang-berada-dalam-tanzim-mampu-lebih-berdisiplin
???? Centralized PAS Portal (CPP)
???? pas.org.my

???? Like Facebook PAS Pusat
???? facebook.com/paspusat
???? Subscribe Telegram
???? http://tinyurl.com/PASPusat
???? http://tinyurl.com/PASPusatBot
???? Follow twitter PAS Pusat
???? www.twitter.com/PASPusat
???? Follow Instagram PAS Pusat
???? instagram.com/paspusat

???? Sebarkan seluas-luasnya…
Terima Kasih.

Hantar Komen Anda