YB Ust Abdullah Husain: Dermalah Untuk Perjuangan Islam

Makan malam dan pendidikan DUPNTUcapan Perasmian YB Ustaz Haji Abdullah Hussain, AJK PAS Pusat/ADUN Puteri Wangsa

Alhamdulillah, syukur kepada Allah Taala,kerana dengan izinNya dapat saya bersama di dalam majlis ini bersama para dermawan dan pendokong Parti Islam SeMalaysia PAS di Negeri Terengganu. Sesungguhnya majlis kita malam ini disaksikan oleh Allah dan para malaikatNya, bahawa kita adalah insan-insan yang mencintai Pendidikan Islamiyyah.

Mari kita bandingkan kata-kata daripada dua tokoh. Pertama daripada Almarhum Syeikh Badiuzzaman Nursi “Aku melihat orang-orang Islam dan barat sedang mengandung. Orang-orang Islam sesang mengandungkan anak-anak orang barat, sedangkan orang barat mengandungkan anak-anak Islam”. Kedua George Benard Shaw berkata pada tahun 1950 ” Aku melihat 100 tahun lagi, kalau ada satu agama yang mampu menguasai Eropah, ia adalah Islam” “Sekiranya Muhammad masih hidup, ia boleh bawa kehidupan moden ini kepada kehidupan yang aman dan damai”.

Dalam hal pendidikan dan tarbiyah, kami dari Johor banyak belajar daripada PAS Terengganu. Kita sangat memandang tinggi aspek pendidikan duniawi dan ukhrawi.

Saya mengucapkan ribuan tahniah kepada pihak penganjur, para dermawan, pihak PAS di setiap peringkat kerana bermujahadah menjayakan majlis makan malam ini.

Allah berfirman dalam surah At-Taubah ayat 111:

taubah 111Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.

Pada hakikatnya, harta dan diri kita adalah milik Allah. Tetapi ayat ini, Allah berkata secara kiasan Allah membeli daripada kita harta dan jiwa kita untuk jalan Allah dengan SyurgaNya.

Rasulullah telah bersabda diriwayatkan oleh Imam Turmuzi:

“Orang dermawan itu dekat dengan Allah, dekat dengan syurga, dekat dengan manusia, dan jauh dari neraka. Sedangkan orang yang bakhil itu jauh dari Allah, jauh dari syurga, jauh dari manusia, dan dekat dengan neraka.”

Allah juga berfirman di dalam Surah Al-Baqarah ayat 261:

alBaqarah 261

Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.

Kita perlu ilmu untuk beramal. Amal tanpa ilmu adalah sia-sia. Lebih-lebih lagi di dalam isu kepimpinan,lagilah penting untuk kita menjadi orang berilmu.

Semoga tuan-tuan meneruskan jihad, menginfaq harta untuk memastikan kelangsungan perjuangan ini melalui Pendidikan Islamiyyah ini.

Rasulullah telah bersabda:
“Jadilah kamu orang yang mengajar atau yang belajar atau yang mendengar atau yang kasih kepada ulamak dan jangan jadi yang kelima dan binasa”

Almarhum Syeikh Fathi Yakan mengatakan ” Yang dikatakan pemimpin-pemimpin mudah gugur berbanding ahli-ahli biasa”.

Surah Muhammad Ayat 38:
Muhammad 38

Dan jika kamu berpaling (daripada beriman, bertaqwa dan berderma) Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain; setelah itu merekatidak akan berkeadaan seperti kamu

Hantar Komen Anda