Dato Hj Husin Awang: Urusan Ulama Kawasan Mesti Bersedia Naik Taraf Jadi Dewan

Muktamar Dewan Ulama PAS Terengganu kali ke 51Ucapan aluan dalam Muktamar Dewan Ulama PAS Terengganu Ke 51

1. Kita mengadakan muktamar tahunan Dewan Ulama secara bergilir mengikut tempat dengan tujuan menyemarakkan semangat kerja tenaga para ustaz dan ulama setempat, juga dapat mendaftar dengan menjadi ahli Dewan Ulama PAS, selain menjadi satu sejarah bagi urusan ulama kawasan.

2. Dewan Ulama PAS yang diakui oleh perlembagaan parti adalah dewan tertinggi. Dewan Ulama secara umum adalah perintis dan penentu kepada dasar PAS, halatuju parti, menjadi benteng perjuangan dan menjaga ketulinan jemaah.

3. Tahun 80-90an, ketika timbul Parti Semangat 46, mereka hulur tangan untuk kerjasama dengan PAS, Dewan.Ulama lah yang jelaskan samada ia menepati hukum atau tidak.

4. Demikian juga dengan CCC dan seterusnya, termasuk kerjasama dengan DAP dan lain-lain. Dewan Ulama main peranan penting dalam menguruskan perkara ini.

5. Dewan Ulama pernah dianggap lesu suatu ketika dahulu tetapi suara Dewan Ulama inilah yang terus mengekalkan ketulinan PAS.

6. Agenda menegakkan hukum syarak, di antaranya hukum hudud adalah usaha berterusan perjuangan PAS.

7. Dewan Ulama bertegas bahawa hukum hudud adalah sebahagian dari hukum syarak yang mesti dilaksanakan.

8. Status urusan ulama kawasan masih belum sama taraf dengan dewan-dewan lain.

9. Satu sidang muktamar khas dijangka akan dibuat bagi membincangkan pindaan termasuk menaik taraf urusan ulama PAS kawasan, tetapi kerana berlakunya pilihanraya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar, PAS Pusat memendekkan tempoh muktamar pusat dan agenda membincangkan pindaan perlembagaan akan dibuat kemudian.

10. Ulama peringkat kawasan apabila menjadi dewan, maka mesyuarat kawasan akan ada cawangan. Soalan dan cabarannya ialah adakah ulama wujud di peringkat cawangan masing-masing?

11. Kumpulan utama yang mesti mengambil perhatian ialah ulama pelapis dan alimat untuk menyambut perubahan dalam struktur organisasi dewan ulama ini.

12. Dewan Ulama PAS ada tugas besar, pikul tanggungjawab mengurus pendidikan sekolah rendah. Sekolah rendah di bawah pentadbiran Dewan Ulama PAS Terengganu ada 10 buah sekarang.

13. Semua PAS kawasan dan urusan ulama diharap mengambil cakna terhadap sekolah yang berkait dengan infra struktur, keceriaan, bilangan pelajar, mutu akademik dan lain-lain.

14. Kita ada 10 buah sekolah. Kalau ada 60 pelajar mengambil UPSRI, kita ada 600 lepasan pelajar. Maahad Darul Quran Rusila tidak dapat menampung semua lepasan sekolah rendah. Saya cadang sekolah swasta yang diurus oleh ahli PAS seperti Darulbayan, Maahad Tarbiah dan Tahfiz (MTT) menampung lepasan UPSRI ini. Penyelarasan kurikulum perlu diselaraskan.

15. Jumaat 27 Mei 2016 akan datang, dibuat majlis makan malam dana pendidikan untuk menampung kos yang besar bagi mengurus sekolah di bawah Dewan Ulama.

16. DUPNT bersama dengan kepimpinan PAS negeri iaitu tidak campur tangan krisis yang sedang berlaku dalam kerajaan Terengganu. Mereka hanya mahu tukar MB. Kalau tukar kerajaan pun, PAS naik memerintah tapi majoriti tidak kuat. Justeru, kita tunggu PRU 14 supaya menang dengan bermaruah. Kalau kalah pun dengan bermaruah.

17. DUPNT terlibat dengan PRN Sarawak. Kita mungkin gagal dari sudut politik (iaitu tidak menang kerusi) tetapi kita berjaya tanam benih Islam di sana.

18. DUPNT juga menyertai PRK Sg Besar dan Kuala Kangsar. UUPK akan sertai kempen mengikut kawasan masing-masing, kecuali yang terlbat dengan DUPP.

19. Syukur kerana suara ulama masih keramat, walaupun ahli ulama sedikit. Sebab itu bila ulama bawa usul, disokong oleh perwakilan yang lain.

20. Kita mesti suburkan dakwah, buat inovasi dalam dakwah, perkukuh institusi dakwah, jaga masjid, surau dan markas.

21. Terimakasih kepada Senator Dato Dr Johari Mat yang sudi merasmi Muktamar Dewan Ulama PAS Terengganu kali ini.

Catatan,
*Ust Nik Muhammad Nasri bin Nik Malek*
Timbalan 1, Jabatan Perhubungan Awam, IT Dan Media Baharu
Dewan Ulama PAS Pusat.
dan
Ketua Lajnah Media Baharu DUPNT

Mujamma’ AsShafie Taman Islam Kemaman
Ahad 22 Mei 16

http://www.pas.org.my/artikel-berita-dupp/8674-urusan-ulama-kawasan-mesti-bersedia-naik-taraf-jadi-dewan

???? Centralized PAS Portal (CPP)
???? pas.org.my

???? Like Facebook PAS Pusat
???? facebook.com/paspusat
???? Subscribe Telegram
???? http://tinyurl.com/PASPusat
???? http://tinyurl.com/PASPusatBot
???? Follow twitter PAS Pusat
???? www.twitter.com/PASPusat
???? Follow Instagram PAS Pusat
???? instagram.com/paspusat

???? Sebarkan seluas-luasnya…
Terima Kasih.

Hantar Komen Anda