Gerhana Bulan Separa Warnai Permulaan 2010. Apa petandanya?

gerhanaFenomena gerhana bulan separa dijangka berlaku Jumaat ini, 1 Jan 2010 (15 Muharam 1431H) bermula pukul 1.17 pagi hingga 5.28 pagi waktu tempatan. Menurut kenyataan Jakim hari ini, gerhana bermula dengan fasa penumbra pukul 1.17 pagi dan mencapai tahap gerhana maksimum pukul 3.24 pagi. “Gerhana ini dijangka berakhir pukul 5.28 pagi. Gerhana jelas hanya dapat dilihat apabila bulan memasuki bayang umbra bumi dari pukul 2.53 pagi sehingga gerhana maksimum,” kata kenyataan itu.

Rasa-rasa saya sepanjang 2009 ini acapkali gerhana berlaku-bulan atau matahari. Banyaknya berlaku gerhana menjadi petanda akhir zaman. Bahkan hampir semua tanda kecil Kiamat sudah berlaku. Hanya menunggu tanda besar sahaja. Mat Saleh lagi cepat mahukan Kiamat, 2012 dah berlaku. Dengan teknologi canggih cuba digambarkan peristiwa Kiamat. Tapi hanya di bumi? Sedangkan Kiamat berlaku melibatkan seluruh alam. Dan hakikat Kiamat dengan kedahsyatannya hanya Allah yang tahu.

Kita tak tahu tarikh Kiamat sebenar. Sepuluh tahun lagi, seribu tahun lagi, sejuta tahun lagi. Disebut man maata faqad qaamat qiamatuhu (sesiapa yang mati berlakulah kiamat dirinya). Kematian cukup hampir. Tragedi pengantin sekejap, kemalangan bas ekspres 2 tingkat, seorang lelaki tua Cina meninggal di restoran sebelum order minuman dan lain-lain membuktikan kematian sangat hampir.

Gerhana adalah fenomena alam ciptaan Tuhan, tetapi bukan sebarang fenomena. Ia tanda kebesaran Tuhan, tetapi bukan sebarang tanda.

Manusia berfikir akan berjaga-jaga dan sentiasa insaf sementara yang fasiq terus lalai dengan kefasiqannya. KeFASIQan mereka bermula dengan sambutan di ambang 2010 malam ini.

Komen (5)

  1. Md Sabri says:

    SAYA AMAT SETUJU DENGAN TULISAN USTAZ INI “Rasa-rasa saya sepanjang 2009 ini acapkali gerhana berlaku-bulan atau matahari. Banyaknya berlaku gerhana menjadi petanda akhir zaman. Bahkan hampir semua tanda kecil Kiamat sudah berlaku.” DAN “Disebut man maata faqad qaamat qiamatuhu (sesiapa yang mati berlakulah kiamat dirinya)”

    HATI SAYA AMAT RISAU BILA MELIHAT HAMPIR SEMUA TANDA-TANDA KECIL SUDAH BERLAKU. RISAU KERANA MEMIKIR NASIB KITA SELEPAS MATI. DUDUK DALAM NERAKA KE ATAU DUDUK DALAM SYURGA ?

    MARILAH KITA BERDOA KEPADA ALLAH SWT AGAR MEMBERIKAN KEKUATAN UNTUK MENTAATI SEMUA TITIAH PERINTAHNYA. KERANA TANPA KEKUATAN ROHANI DAN TANPA KEKUATAN JASMANI, WALAUPUN ILMU BANYAK MELAUT SEKALIPUN, KALAU TIDAK DAPAT DIAMALKAN MAKA SIA-SIA JUA.

    YA ALLAH, KAMI BERDOA DAN MERAYU PADA MU YA ALLAH AGAR GOLONGANKANLAH KAMI KE DALAM ORANG-ORANG YANG SELAMAT DI DUNIA DAN SELAMAT DI AKHIRAT.

    KALAU TIDAK SELAMAT DUA TEMPAT INI MAKA AMAT-AMAT RUGILAH KITA.

    YA ALLAH AMPUNKAN DOSA KAMI, DOSA DUA IBUBAPA KAMI, DOSA DATUK NENEK KAMI, DOSA GURU-GURU KAMI, DOSA AHLI KAUM KERABAT KAMI, DOSA SAHABAT HANDAI KAMI DAN DOSA SELURUH KAUM MUSLIMIN, SAMA ADA YANG MASIH HIDUP ATAU PUN YANG TELAH MENINGGAL DUNIA.

    AMIN.

  2. wirajiwa says:

    subhanallah

  3. Muhammad says:

    Assalamu Alaikum,

    Mungkin tanda-tanda besar sudah belaku, mungkin, kita sahaja yang tidak nampak kerana gelapnya hati kita. Allahu A’lam. Kita tinggal menunggu 1 sahaja lagi, iaitu matahari terbit dari barat. Ketika ini barat sedang mengkaji mengenai Lobang hitam (black hole) dan cuba membuatnya sendiri dengan perlanggaran Antara Atom di Swizzerland (the Large Hadron Collider) http://public.web.cern.ch/public/.

    Jika mereka berjaya, apakah yang akan terjadi? Bumi berpusing terbalik?

    Apa-apapun terima kasih kerana telah melayari blig saya:

    http://surah-al-kahfi.blogspot.com/
    dan
    http://rahsia-rahsiabesardalamal-quran.blogspot.com/

    Semoga Allah swt menerima amalan kita semua dan memberikan kita taufiq dan hidayahnya. Serta memasukkan kita ke dalam golongan hamba-hambaNya yang soleh. Amin. Tolong Sebutlah Amin!

  4. fahin says:

    Sebagai renungan.
    27-11-2009 Jumaat Hari Raya AidilAdha,
    18-12-2009 Jumaat Tahun Baru Hijrah,
    25-12-2009 Jumaat Sambutan Krismas,
    01-01-2010 Jumaat Tahun Baru Masihi,
    26-02-2010 Jumaat Sambutan Maulud NABI SAW,
    02-04-2010 Jumaat Matinya Yesus Kristus,
    28-06-2010 Jumaat Hari Wesak,
    05-11-2010 Jumaat Sambutan Depavali,
    10-09-2010 Jumaat Hari Raya AidilFitri,
    01-01-2010 Jumaat Gerhana Bulan,
    15-01-2010 Jumaat Gerhana Matahari.
    Sabda Nabi MUHAMMAD SAW ada menyebut bahawa hari khiamat juga akan berlaku pada hari JUMAAT..Ya Allah!

  5. aishah says:

    btl2….sy sokong apa yng ustz tulis ini…bah kan smkin rami remaja membuat maksiat,membuang ank dan macm2 lg….sy sdh mlihat ank banga kita rosk…apa slah byi itu shingga seorng ibu snggup membuang byi mereka…???mereka thu merka sdh membuat kslahn besar sharusnya jgn la membuang byi itu… sy berdoa smga pekara ini surut……insyaallah…..

Hantar Komen Anda