Dato Harun Taib: Mengangkat Darjat Muslimat, Arkitek Tarbiah PAS, Penegak Hukum Islam

Seminar Pemikiran Harun TaibBedah buku Almarhum Dato Harun Taib

Oleh Prof Kamaruzzaman Yusof
Sempena Seminar Pemikiran Dato Harun Taib

Buku 1: Muslimat Pembangun Umat

1. Almarhum antara orang yang awal perkenalkan pendidikan Islam berinstitusi hingga dapat melahirkan modal insan dan tenaga penting dalam PAS.

2. Almarhum mampu mencerap keadaan semasa dan bertindak tangkas untuk selesaikan isu dalam masyarakat.

3. Beliau antara yang awal menulis buku tentang pendidikan dan tarbiah wanita.

4. Almarhum perkenalkan dan fokus tafsir ayat al-Quran khusus tentang wanita.

5. Almarhum menelusuri kehidupan sahabiah sebagai panduan bagi muslimat PAS.

6. Jelmaan dari buku ini ialah kedudukan wanita diangkat dengan ditubuhkan JK Alimat yang ada ilmu tentang agama, berfungsi sama seperti ulama lelaki.

7. Almarhum perkenalkan jawatan AJK Dewan.Ulama PAS Pusat di kalangan muslimat.

8. Almarhum pertahan wanita jadi calon. PAS sentiasa beri peluang kepada muslimat sebagai calon, sedangkan ia tidak berlaku di kalangan gerakan Islam lain.

Kesimpulan buku ini:

1. Kedudukan muslimat-contoh secara praktikal bagaimana  meningkatkan kemampuan muslimat.

2. Kedudukan.muslimat mungkin agak rendah sebelum ini. Almarhum angkat darjat muslimat, menyediakan tarbiah khusus untuk muslimat.

3. Bangsa Melayu ada budaya tersendiri. Ia membezakannya dengan budaya Arab. Almarhum bina budaya baharu di kalangan muslimat seperti cara bertabarruj (Muslimat tidak bersolek dengan cara yang dilarang).

Buku ke 2: Wehdatul ummah

1. Tajuk asal buku: Taaddud (Berbilang) Jemaah terbit 1991.

2. Semenjak tahun 1970-80 an lagi, berlaku fenomena dalam PAS iaitu pimpinan gerakan Islam masuk PAS.

3. Mereka perlu di ‘fine tuning’ supaya fikrah mereka menepati fikrah PAS.

4. Tahun 1990 an, apabila Anwar Ibrahim masuk umno, ada pemimpin gerakan lain  masuk PAS.

5. PAS adalah gerakan dakwah, tarbiah dan politik. Bila mereka masuk ke dalam PAS, berlaku sedikit ‘berkocak air’.

6. Tajuk buku Taaddud jemaah ditukar wehdatul ummah. Tujuan buku ditulis ialah untuk perkemas organisasi PAS,  pemikiran dan lain-lain, perbetulkan pandangan bahawa gerakan yang lain itu bukanlah Ikhwan yang sebenar, sedangkan almarhum sendiri sebenarnya pernah berada dalam Ikhwan Muslimin.

7. Mereka yang lain itu mendakwa PAS tidak membawa manhaj betul Ikhwan Muslimin.

8. Buku ini beri kesan besar terutama untuk tangkis gerakan yang dakwa mereka dari Ikhwan dan masuk dalam PAS.

9. Jemaah hendaklah satu, tidak 2, 3. Boleh ditubuh lebih dari satu tapi MESTI dengan syarat yang sangat ketat.

10. Almarhum pernah dapat bimbingan langsung dari IM. Oleh kerana itu dalam isu taaddud jemaah, almarhum dianggap panglima dalam isu ini.

11. Mereka yang lain menganggap perkara politik diserah kepada PAS, sedangkan tarbiah diserah kepada gerakan yang lain. Lepas Anwar masuk umno, mereka masuk PAS.

12. Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi, Ustaz Abu Bakar Cik dan Ustaz Harun Taib  memainkan peranan penting dalam mempertahankan PAS.

13. Apabila Dato Harun Taib meninggal, kemudian Ustaz Abu Bakar Cik, ada yang berkata: ‘habislah PAS’. Tetapi walaupun 2 tokoh meninggal, gokongan lain keluar tanpa dihalau.

Buku ke 3: Kuasa Pemerintahan Islam dan buku Kuasa Perundangan Islam

1. Terbit lebih awal dari buku di atas. Ia berkait pendidikan politik.

2. Perjuangan antaranya dengan mendapatkan kuasa pemerintahan Islam dan kuasa perundangan Islam.

3. PAS awalnya berkembang di luarbandar atau dianggap sesuai hanya dibincang di kedai kopi.

4. Almarhum perkenal politik Islam, yang boleh dicapai kemenangannya melalui sistem demokrasi.

5. Kita tdak bergerak secara revolusi. Kita bergerak menurut undang-undang.

6. Politik perlu ijtihad. Ijtihad mesti melalui pendidikan, tarbiah Islamiah. Politik mesti berasaskan ilmu dan ‘kitab’, bukan hanya ceramah atau tazkirah.

7. Buku tulisan almarhum ialah antara buku awal teori politik Islam, pembahagian kuasa dan lain-lain Ia ada asas dari AlQuran.

8. Ia menolak dakwaan bahawa perjuangan PAS bercanggah dengan cara Nabi tegakkan Islam.

9. Trend orang muda nak tahu tentang sesuatu hanya melalui ‘google’ tapi tidak mahu meneliti penulisan hebat dari tokoh seperti almarhum Dato Harun Taib.

10. Almarhum menulis tentang kuasa perundangan Islam.  Terang maksud perundangan Islam, bahaya jika tidak laksanakan Islam.

11. Apabila PAS perintah Teengganu akhir 1999, antara perkara yang awal ditekankan ialah bagaimana nak mantapkan kuasa perundangan Islam.

12. Untuk laksanakan Islam, makan masa panjang. Kerajaan PAS Terengganu mengadakan lebih dari 20 siri bengkel melibatkan pensyarah-pensyarah, berbincang nak letak Islam paling tinggi.

13. Nak laksana Islam mesti ada ilmu. Bila PAS menang di Kedah, pernah ada kritikan terhadap Almarhum MB Kedah ketika itu, Ust Azizan kerana lmbat laksana Islam. Almarhum Dato Harun bertegas bahawa situasi Terengganu berbeza dengan Kedah. Walaupun.dia yang menulis buku tentang undang-undang Islam, dia faham situasi berbeza.

14. Bila ada perbezaan dalam Qanun Kelantan, beliau sebut perbezaan itu adalah perbezaan furu’ yang ada perbahasan di kalangan ulama.

15. Buku ditulis di Kubang Lembek, dengan bahasa yang mudah. Keupayaan almarhum guna bahasa mudah walaupun isunya sukar. Ada kekuatan ilmu, penulisan. Perkara payah dapat diungkap dengan mudah.

Catatan,
Ust Nik Muhammad Nasri bin Nik Malek
Timbalan 1, Jabatan Perhubungan Awam, IT Dan Media Baharu
Dewan Ulama PAS Pusat.
dan
Ketua Lajnah Media Baharu
Dewan Ulama PAS Terengganu
Markas Tarbiah PAS Kubang Lembek, Manir, Terengganu
Ahad 1 Mei 2016
10.50 pagi.

Hantar Komen Anda