Rihanna dibayar RM1.75j konsert Tahun Baru di UAE: Inilah bid’ah dhalalah

rihannaPenyanyi lagu Russian Roulette, Rihanna diarah berpakaian lebih sopan bagi persembahan konsert di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada malam sambutan Tahun Baru, Jumaat ini. Itu satu laporan akhbar tentang konsert tahun baru di UAE, sebuah negara Arab moderat yang dikurniakan Allah kekayaan tetapi antara negara Arab yang kufur ni’mat. Rihanna dibayar RM1.75 j untuk konsert itu. Mungkin ramai yang menjadi penontonnya ialah pekerja-pekerja dan warga asing di UAE. Tapi tak mustahil juga bahawa yang menggilainya ialah orang Arab Islam tempatan sendiri. Bodohnya pihak kerajaan yang meluluskan konsert ini atau pihak yang membayar kepada Rihanna ini. Pakaian dah tahu tak senonoh, kemudian disuruh pula pakai pakaian lebih senonoh untuk persembahan, senikata lagu senonoh? (Saya tak tahu, tak pernah dengar), akhlak seharian senonoh? Bayangkan dengan RM1.75 j jika disalurkan kepada penduduk Gaza, berapa nyawa sudah dapat diselamatkan.

Dalam satu artikel lain dalam satu web islamik lain, seorang faqih Saudi menyebut:  ‘Mengaitkan istighfar dengan tahun baru (Masihi) adalah bid’ah’.

Apa yang anda terfikir dari isu Rihanna membuat konsert tahun baru di UAE dengan bayaran RM1.75 j dan kenyataan ‘faqih’ Saudi ini?

Komen (2)

  1. syahmi says:

    inilah realitinya keadaan negara2 islam skg tambahan di tanah arab mnjadi semakin teruk ..inilah yg terjadi apabila pemerintah menolak undang2 isalam termasuklah di tanahair kita ini…bermacam2 program yg tidak bermanfaat dibuat malahan menaja maksiat lagi..adakah dg mmakai pakaian yg lebih sopan perkara itu dihalalkan ,mgkin diatas pemikiran pemerintah yg jahil itu mnunjukkan perkara ini adalah halal ..kita lihat di malaysia juga x jauh bezanya jadual konsert begitu bnyak sekali blh dkatakan di setiap negeri ader kecuali kelantan yg amat ketat undang2 hiburannya..inilah contoh krajaan yg perlu diambil..

  2. guardtnb says:

    Ternyata meleset sangkaan kita bahawa si rihanna tu dikehendaki berpakaian sopan di UAE… tak sopan langsung. Terkutuk sungguh tangan-tangan yang merosakkan muka bumi ini…

Hantar Komen Anda