Retreat Lajnah Persekolahan DAR Dewan Ulama PAS Terengganu Perkemas Pengurusan DAR

pesertaDato Husin, YB Ust Md Nor, Ust Ibrahim

Jumaat 1 Apr 2016 Paka-Lajnah Persekolahan DAR di bawah Dewan Ulama PAS Terengganu mengadakan retreat mulai Khamis malam Jumaat 31 Mac 216 sehingga jam 12 tengahari Jumaat 1Apr 2016 bertempat di Rumbia Resort, Paka. Retreat dirasmikan oleh Ketua Dewan Ulama PAS Terengganu, Dato Hj Husin Awang.

Dalam ucapannya beliau mengimbau sejarah panjang PAS semenjak dari awal dalam isu berkaitan pendidikan. Institusi pondok, madrasah menjadi benteng bagi perjuangan Islam dan menyuburkan kefahaman dan kesedaran tentang ilmu Islam itu sendiri yang bersifat menyeluruh.

Beliau juga mengimbau pelbagai usaha yang dibuat oleh PAS, samada di peringkat Pusat hinggalah ke bawah untuk menyuburkan pelbagai institiusi pendidikan, bermula dari pra sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, dan peringkat institusi pengajian tinggi.

Secara lebih khusus, Dato Husin menyentuh sistem pendidikan DAR di Terengganu yang dicetus oleh pemimpin terdahulu seperti almarhum Ustaz Abu Bakar Chik, almarhum Dato Harun Taib dan lain-lain lagi, termasuk Presiden PAS yang masih ada sekarang.

Sementara YB Ustaz Md Nor Hamzah pula dalam ucapan alu-aluannya sebelum itu selaku ketua Lajnah Persekolahan DUPNT mengingatkan peserta retreat kepentingan bersama jemaah dalam semua perkara termasuk dalam isu pendidikan dan penubuhan sekolah. Pusat pendidikan yang dibangunkan di bawah jemaah akan ada kesinambungannya walaupun pengasasnya sudah tiada, namun institusi yang dibangunkan secara peribadi dan sendiri belum tentu ada kesinambungannya.

Program perasmian bermula selepas solat Maghrib, diikuti perbincangan sehingga jam 12 tengahmalam. Ia disambung jam 8 pagi Jumaat sehingga jam 12 tengahari Jumaat. Pelbagai perkara berkait dengan institusi DAR (sekolah), organisasi, peraturan dan lain-lain dibincang dan diambil ketetapan sebagai dasar. Ia mengambil masa yang agak singkat kerana perkara ini telah dibincang terlebih dahulu di peringkat jawatankuasa DAR yang mengambil masa sekitar 2 bulan sebelumnya.

YB Cikgu Alias Harun, ADUN Rantau Abang berucap menutup retreat ini di hadapan peserta yang terdiri dari AJK Dewan Ulama PAS Terengganu, wakil Dewan Pemuda PAS Terengganu, wakil Dewan Muslimat PAS Terengganu, Urusan Ulama PAS Kawasan, Pengerusi ALP DAR, Mudir dan guru-guru DAR serta AJK Lajnah Persekolahan DAR.

Hantar Komen Anda