Ulama Dan Asatizah Dalam PAS Perlu Faham Peranan

1msyrt agung uupkk 16Urusan Ulama PAS Kemaman telah mengadakan mesyuarat agungnya kali ke 12 di Pasti Nurul Ihsan, Kg Pasir Minal selepas solat Jumaat 18 Mac 2016. Perasmian disempurnakan oleh Ustaz Mukhtar Senik, AJK PAS Pusat dan AJK Dewan Ulama PAS Pusat. Saya membuat catatan ringkas intisari ucapan perasmian beliau:

1. Apabila Allah kehendaki kebaikan kepada satu kaum, Allah jadikan pemimpinnya orang yang baik.

2. Kita bersyukur kerana Allah letak kita dalam jemaah yang ikut ciri betul

3. Allah pilih kita dalam wadah ulama

4. Bila ulama beramal, dia jadi wali Allah atas bumi. Wali Allah ialah orang yang beriman dan beramal. Dalam hadis qudsi Allah sebut bahawa Allah akan balas orang yang berseteru dengan waliNya.

5. Dalam mesyuarat terakhir di Kuching, dipersetujui urusan ulama diusahakan jadi Dewan.

6. Dari segi organisasi, kita sama dengan dewan-dewan lain tetapi dari segi peranan, kita besar kerana halatuju gerakan dipandu oleh ulama.

7. Sebagai ilmuan Islam, kita mesti sampaikan ilmu. Kita kena jadi sumber ilmu.

8. Peranan ulama mesti menjadi pengisi kepada kelompangan ilmu di kalangan ahli dan masyarakat.

9. Ada ilmuan Islam yang fokus mengajar sahaja, ada yang pegang jawatan dan aktif parti sahaja tanpa isi ilmu. Kita mahu ilmuan Islam yang punya kedua-dua aspek.

10. Ulama PAS mesti cari ilmu dari ulama jemaah sendiri, yang tahu tentang latarbelakang sesuatu perkara, pandangan yang benar tentang jemaah

11. Kerja ulama sangat banyak dan besar.

12. Ulama peringkat kawasan boleh susun subjek kuliah di masjid dan surau supaya lebih teratur dengan pelbagai topik dalam Islam, tidak fokus hanya kepada aspek tertentu seperti solat sahaja sedangkan ilmu Islam itu sangat luas.

13. Ulama juga mesti menjadi sumber tarbiah. Ia jadi kekuatan dalaman kepada ahli untuk pastikan ahli tidak lari dari perjuangan.

14. Hidupkan program tarbiah. Di Pahang sebagai contoh, kita buat Ijtimak tarbawi bulanan sejak 6 tahun lepas. Cara ini dapat mengurangkan potensi lari dari perjuangan.

15. Kita penuhkan ruang kosong dengan tarbiah.

16. Kita juga buat pentas ulama, yang jawab isu-isu semasa, agama, politik, ekonomi dan lain-lain, melihat sesuatu isu menurut perspektif Islam.

17. Ulama kena tahu isu-isu semasa. Para Nabi tahu isu semasa di zaman masing-masing.

18. Ulama kawal jemaah dari kegelinciran. Ulama bawa kefahaman sebenar melawan liberalisme, feminisme, pluralisme dan penyelewengan yang lain.

19. Ulama jadi benteng kepada jemaah supaya dapat diselamatkan.

Catatan:
Ustaz Nik Muhammad Nasri,
Timb Ketua Urusan Ulama PAS Kemaman
18 Mac 16
4.20 ptg

2msyrt agung uupkk 163 msyrt agung uupkk 16

Hantar Komen Anda