27 Dis 2009: 3 Tahun Israel Musnahkan Gaza

Israel guna fosforusMasihkah kau ingat?

3 tahun lalu begitu cepat

Israel musnahkan Gaza dan umat

Tragedi berdarah tiadakah yang ingat?

—-

Awal Muharram 1434H baru start

Muktamar PAS ke 58 baru bahas dan debat

Regim haram Israel yang dilaknat

Serang Gaza balik memang jahat

Bilaku cari dalam internet

Berita perang ini jika dicatat

Tak banyak pula yang dicoret

Sengaja, lupa atau media yang kerat?

—-

Tarikh Tsunami, Krismas, Gaza semuanya dekat

Termasuk 10 Muharam berpuasa sunat

Semua nak tazkirah semua nak catat

Tapi rupanya banyak yang tak sempat

Sejarah Palestin tetap diingat

Kezaliman Yahudi juga terpahat

Pertembungan hak dan batil telah ditetap

Hingga zahirnya pertolongan Allah yang dekat

Puisi dan seloka ringkas dan padat

Ajak semua beringat-ingat

Tentang dunia hampir Kiamat

Kitapun tak lama nak sampai ke garis penamat

Hantar Komen Anda