Hati-hati dengan perkataan murtad

FITNAHSaya tidaklah mahu merujuk secara khusus satu artikel yang dilulus keluar di tranungkite dan harakahdaily tentang orang Kelantan yang murtad, tetapi artikel itu hanyalah salah satu dari perkara BESAR yang perlu diberi perhatian. Walaupun perkataan /murtad itu tidak dimaksudkan dari segi syaraknya, cuma dari segi lughawinya tetapi ia bukan perkataan yang mudah-mudah untuk disebut dan ditulis begitu sahaja hanya kerana tak makan budu, tak berdialek Kelantan atau tiada kesatuan Kelantan.

Dulu-dulu semasa sekolah, pernah juga apabila seorang itu tak mahu main bola dengan pasukan yang biasa dia bermain, lalu dikata dengan menyindir ‘dia tu murtad’ dengan maksud dia telah bertukar pasukan dan keluar dari kumpulannya.

Murtad membawa implikasi hukum sangat besar-amal baik semuanya gugur, wajib bertaubat dengan segera, boleh dihukum pancung hudud, mati kekal dalam neraka jika tak bertaubat.

Sekat bantuan, peruntukan, royalti, khianati negeri sendiri adalah tindakan zalim dan jahat pemimpin UMNO sepanjang zaman. Mereka berbohong, khianat amanah, langgar janji-itu ciri-ciri munafiq. Perkara ini saya sebut dalam artikel saya: Wang Ihsan Kelantan: Munafiqnya UMNO!.

Saya sebut ciri nifaq dan munafiqnya UMNO-perkataan yang masih berlapik. Justru, saya mengingatkan diri saya dan yang lain agar menulis, termasuk yang memberi komentar di mana-mana blog, website, portal, forum, shoutbox dll dengan ilmu dan sedar. (Tulisan Ust Abdul Ghani Shamsudin jadikan panduan: Blog Sebagai Arena Dakwah dan Bukan Medan Memfitnah )

Hantar Komen Anda